Tular satu rakaman video dashcam di mana seorang wanita dirempuh dari belakang sehingga melambung ke udara oleh sebuah kereta.
Dalam rakaman video berdurasi hampir satu minit itu, selepas pemandu memotong sebuah motosikal, tiba-tiba dia seperti hilang kawalan menuju ke kiri bahu jalan dan merempuh motosikal mangsa.
Baca Juga:
- Elak Berlaku Kemalangan, Pengguna Jalan Raya Sama-Sama Bantu ‘Escort’ Pemandu Lori Mengantuk
- Wanita Ini Kongsi Detik Dirempuh Pemandu Treler Mengantuk, Ibu Meninggal Diseret Dalam Kereta
- Cikgu Hilangkan Rasa Mengantuk Murid Dalam Kelas Dengan Kisah Dragonball
Memetik portal Majoriti, kejadian itu berlaku di Felcra Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak pada Sabtu lalu. Difahamkan wanita dipercayai cedera parah manakala anaknya pula patah kaki.
Trigger Warning ⚠️
Felcra Changkat Lada, Perak.
Kemalangan melibatkan sebuah kereta yang melanggar sebuah motosikal dari belakang, dikatakan pemandu kereta mengantuk kerana baru balik dari kerja malam. pic.twitter.com/coLqewkbHQ— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) May 7, 2023
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta yang melanggar sebuah motosikal dari belakang. Kejadian kemalangan berjaya dirakam dashcam kenderaan pemandu itu sendiri.
“Pemandu mengantuk selepas balik kerja malam. Kanak-kanak tersebut patah kaki manakala ibunya cedera parah,” katanya.
Maklumat awal mendapati kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Video yang tular itu telah mendapat kecaman netizen. Tindakan pemandu membawa kereta dalam keadaan mengantuk telah mendatangkan bahaya kepada orang lain.
Tertdr sambil memotong???? Laaaa bongok. https://t.co/MY5Tf5NZfd
— 🌹Aliah 🌹 (@Misz_Liyaaa) May 7, 2023
Wahhh 'mengantuk kerana baru balik dari kerja malam' ….alasan macam ape lagi…kalau dah mengantuk lepas klua dari tempat kerje tu lelap la kjap lam kete tu!!
Yg pakse diri tu juge kenape?kan bagus kalau tkde motosikal tu boleh tgok kete ni masuk longkang tepi tu!! https://t.co/so0zqH70Uu— ~W∆N~ (@TartNenas666) May 7, 2023
Kat area kampung aku ni. Bahaya betul kat changkat ni dahla kereta laju nak mati pastu rider motor mostly tak pakai helmet. Hopefully mamat ngantuk ni tanggung semua kos hospital mak and anak tu https://t.co/ZzRTpydOXp
— Tyr (@tyragzel) May 7, 2023
Bagaimanapun ada juga mempertikai adakah betul pemandu tersebut mengantuk seperti didakwanya. Ini kerana sebelum kemalangan itu terjadi, pemandu berkenaan elok sahaja memotong sebuah motosikal lain.
Netizen tidak menolak kemungkinan pemandu sedang bermain telefon semasa memandu ketika kejadian itu berlaku.
Dalam pada itu, netizen turut meminta orang ramai untuk mengguna topi keledar walaupun berada di jalan-jalan kampung. Ini kerana kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa kita semua sedari.