Tindakan Gigi Hadid yang meminum Starbucks secara terbuka baru baru ini telah mengundang rasa marah ramai pihak yang memboikot kedai kopi berkenaan.

Starbucks antara perniagaan yang menjadi sasaran boikot oleh kumpulan pro Palestine. Di Amerika Syarikat sendiri, tidak kira yang beragama Islam atau non muslim, mereka yang menentang kekejaman Zionis rata rata memboikot Starbucks.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Golongan ini aktif mengeluarkan senarai barangan yang dianggap ada kaitan dengan Israel. Ini termasuk Starbucks, McDonald’s, Papa John, Pizza Hut, Amazon, Disney dan banyak lagi.

Gigi Hadid dan kakaknya Bella Hadid merupakan selebriti yang sangat aktif dan lantang bersuara tentang isu Palestin. Mereka seringkali menyatakan sokongan secara terbuka dan menyertai perhimpunan aman.

Gugurkan Bella Hadid, Dior Pilih Model Dari Israel Sebagai Duta Baharu

Malangnya baru baru ini tular gambar Gigi Hadid memegang cawan Starbucks. Dan ianya membuatkan netizen terkilan dan kecewa.

Dia dipercayai baru selesai untuk penggambaran dengan jenama Maybelline New York.

Seorang peminat yang kecewa menyatakan: “Dia minum Starbucks…. sekali lagi. Ini bukan kali pertama ya, tak akan dia tak tahu langsung tentang kempen boikot. Bella sentiasa lebih bagus.”

Ramai lagi yang tampil mengecam Gigi menyatakan bahawa dia mungkin hanya mengejar publisiti murahan selama ini dengan bersuara tentang Palestin.

Yang lain berkata: “Dia paling lantang bersuara tentang Palestin namun dia tak tahu ke pasal kempen boikot kita selama ini?”

Ada juga menuduh Gigi sebagai mengkhianati Palestin yang merupakan asal usul keluarganya.

Walaubagaimanapun ada yang menganggap tindakan minum kopi Starbucks itu bukan perkara yang harus diperbesarkan. Netizen menulis: “Kita tutup mata je lah dia minum Starbucks. Sebab dia seorang selebriti yang sangat lantang bersuara tentang Palestin selama ini.”

Sumber