Kita sering saja mendengar kes-kes rogol yang berlaku kepada wanita-wanita di luar sana. Namun jarang sekali kita mendegar kisah lelaki yang diperkosa sama ada oleh perempuan ataupun kaum sejenis mereka.

Bagaimanapun, melalui satu perkongsian yang dibuat di laman Twitter pada awal minggu ini, mereka mendedahkan kisah peribadi rakan-rakan lelaki mereka yang menjadi mangsa rogol.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Bermula dengan satu ciapan yang dibuat oleh salah seorang pengguna, dia mempersoalkan kenapa perkara itu tidak diambil berat sepertimana ia berlaku kepada kaum wanita.

“Kawan saya dirogol ketika berusia 21 tahun […]. Dia ingin membunuh diri dan berasa tertekan.

“Tiada sesiapa yang membantu dan tiada siapa mempercayai kisahnya. Bagi mereka, ia adalah mustahil.

“Oh, kawan saya juga adalah lelaki,” kongsinya di Twitter.

https://twitter.com/_sysyaaa/status/1224225980446695425

Ciapan itu kemudiannya mendapat perhatian netizen dengan 5,300 retweet dan 6,300 likes ketika artikel ini ditulis.

Netizen kemudiannya turut berkongsi pengalaman mereka di ruangan replies tentang bagaimana rakan lelaki mereka juga turut melalui perkara yang sama.

https://twitter.com/minteves/status/1224707660207050752?s=20

Dalam perkongsiannya, @minteves berkata kawannya hampir dirogol ketika berusia 16 tahun ketika sedang berada di mall untuk belajar bermain ice skating.

Bagaimanapun, niatnya itu kemudiannya meninggalkan trauma selepas dia diganggu beberapa orang lelaki yang sebaya dengannya.

Manakala, seorang lagi netizen @Feveru2 berkongsi kisah di mana dia sendiri menjadi mangsa rogol ketika berusia tujuh tahun yang kemudiannya meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kehidupan sehariannya.

Memang sukar untuk mempercayai bagaimana lelaki juga boleh menjadi mangsa kekejaman pemangsa-pemangsa ini. Namun ada netizen yang berkata kes-kes seperti ini memang ada diterima di hospital-hospital di seluruh negara.

Tambahnya lagi, masyarakat kini juga semakin memahami dan mempercayai isu tersebut berbanding beberapa tahun dahulu.

Tetapi apa yang penting menurutnya adalah untuk membuat laporan kepada pihak yang bertanggungjawab seperti polis dan mendapatkan rawatan serta khidmat kaunseling.

Peka dengan masalah yang berlaku, seorang netizen juga berkongsi bagaimana lelaki-lelaki yang menghadapi masalah diganggu secara seksual boleh mendapatkan bantuan.

Pemilik asal kiriman tersebut turut mempersoalkan di manakah mereka-mereka yang begitu lantang menegakkan hak-hak untuk wanita sebelum ini apabila perkara sebegini terjadi kepada lelaki.

https://twitter.com/_sysyaaa/status/1224227492912779265?s=20

“Menjadi lelaki tidak bermaksud mereka juga tidak boleh diganggu,” soalnya.

Betul, keganasan seksual di masa kini tidak saja berlaku kepada kaum wanita tetapi turut dialami oleh kaum lelaki. Bagaimanapun, apa yang penting bila melalui situasi begini adalah untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa dan mendapatkan rawatan.

Gangguan seksual boleh meninggalkan kesan yang mendalam kepada mangsanya. Jadi adalah lebih baik untuk mereka ini mendapatkan sokongan dan dorongan yang sebetulnya.

Baca kisah lelaki ini yang diganggu kaum sejenis ketika berada di tandas seperti yang kami pernah kongsikan sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Lelaki Ini Kongsi Kisah Diganggu Kaum Sejenis Ketika Berada Dalam Tandas

Pemuda Ini Kongsi Pengalaman Diganggu Geng Zumba ‘Rakus’ Sewaktu Beriadah

Dakwa Terima Wahyu Daripada Tuhan, Bomoh Palsu Rogol Pesakit Sehingga Mengandung