Sebelum ini, penyanyi Sharifah Zarina telah menerima kecaman hebat daripada netizen ketika mempersembahkan lagu popular dari Indonesia yang berjudul Dawai secara live dalam satu rancangan TV.

Menurut laporan, Sharifah menyangkal suaranya sumbang dan menegaskan nyanyiannya tidaklah seteruk diperkatakan serta berpuas hati dengan persembahan berkenaan.

Baca Juga:

@nourelein_

Sound rtm pn salah satu punca kot dawai ni terputus 🥹 #fyp #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #inibarubintang #rtm

♬ original sound – nurulainhanas – nurulainhanas

Tambahnya, dia juga ada membuat latihan bersama seorang guru vokal bagi memastikan nyanyiannya itu dapat disampaikan dengan baik.

“Saya diundang untuk menyanyi. Dari segi menyanyi, saya sudah buat yang terbaik dan saya sedar yang kini saya tidak lagi relevan sebab sudah lama menyepi.

“Jadi apa yang mereka jangkakan? Saya rasa nyanyian yang disampaikan sedap sahaja, puas hati. Itu suara saya yang setelah lama tiada jemputan. Kali terakhir pun saya menyanyi pada 2021.” ujarnya.

Tambahnya, mutu nyanyiannya seperti dalam video yang tular tidak sama didengar seperti di auditorium dan penonton suka dengan nyanyiannya. Walau bagaimanapun, dia tidak berkecil hati membaca komen kecaman ditinggalkan netizen.