Hari ini adalah harinya dimana setiap rakyat Malaysia akhirnya boleh menebus RM30 daripada kerajaan melalui aplikasi e-wallet terpilih seperti Touch N Go e-wallet, Boost dan juga Grab.

Bagaimanapun, hari yang dinantikan rakyat Malaysia tiba dengan penuh kekecewaan buat netizen yang berkongsi kedukaan mereka gagal untuk menebus e-tunai tersebut gara-gara terlalu ramai yang melakukan transaksi dalam satu-satu masa.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Dalam perkongsian di laman Twitter oleh @XavierNaka berkata perkara itu memang sudah dijangka memandangkan trafik yang tinggi dan seterusnya akan menyebabkan masalah kepada server aplikasi tersebut.

Beberapa orang netizen kemudiannya berkongsi perkara tersebut memang berlaku di mana mereka tidak dapat melakukan transaksi untuk menebus e-tunai tersebut.

tng1

Tidak kurang juga ada yang ingin menunggu malam ini untuk melakukan penebusan dengan harapan sistem pelayaran tersebut akan bertambah baik dan pengguna makin berkurang.

tng3

Seorang lagi pengguna bagaimanapun memberikan cadangan agar e-tunai tersebut dikreditkan terus ke dalam akaun bank pengguna seperti yang dilakukan oleh skim Bantuan Sara Hidup sebelum ini.

tng4

Kekecohan yang berlaku gara-gara orang ramai untuk menebus e-tunai itu juga menimbulkan masalah kepada seorang e-wallet Touch n Go yang menggunakan aplikasi tersebut untuk melakukan tambah nilai dan bukannya menebus e-tunai tersebut.

tng5

Bagaimanapun, para pengguna tidak seharusnya risau kerana tempoh bagi menebus e-tunai ini akan berlangsung sehingga 14 Mac nanti.

Touch N Go dalam kenyataan rasmi mereka juga memaklumkan aplikasi mereka sedang mengalami trafik yang tinggi berpunca daripada penebusan e-tunai secara beramai-ramai daripada rakyat Malaysia hari ini.

Bagi anda yang masih tidak mengetahui cara untuk menebus e-tunai RM30 ini boleh baca artikel yang pernah kami tulis sebelum ini di bawah.

Ini Caranya Untuk Menebus e-Tunai Rakyat Sebanyak RM30 Bermula Hari Ini

Kredit RM30 Untuk Rakyat Malaysia Akan Dikreditkan Ke Touch ‘n Go eWallet Pada 15 Januari 2020

Touch ‘n Go Tawarkan Pengalaman Tanpa Tunai Di LEGOLAND Malaysia Resort