Cuti sekolah telah pun bermula dan kebiasaanya ketika cuti sekolah banyak majlis perkahwinan akan berlangsung serta ibu bapa akan membawa anak-anak melancong dalam dan luar negara.

Akan tetapi, penularan wabak COVID-19 ini mencetuskan kebimbangan dalam diri semua orang dan kini Perintah Kawalan Pergerakan telah dikuatkuasakan mulai hari ini.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Pastinya perkara ini memberi kesan kepada pelbagai pihak terutama sekali mereka yang menjalankan perniagaan tidak kira besar atau secara kecil-kecilan. Mana tidaknya, apabila perintah ini dilaksanakan, maka orang ramai harus patuhinya dan banyak perniagaan akan terjejas.

Rata-rata netizen yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan berkongsi tempahan yang telah dilakukan pelanggan dibatalkan berikutan perintah tersebut. Mana tidaknya, majlis perkahwinan yang telah dirancang terpaksa ditangguhkan dan kesemua servis perlu dibatalkan.

Bukan itu sahaja, peniaga pasar pagi, pasar malam dan pasar tani serta gerai-gerai jalanan turut terkesan kerana tidak boleh menjalankan perniagaan. Oleh itu, sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi sumber kewangan mereka.

Screenshot 2020-03-18 at 12.51.53 PM

https://twitter.com/Aimanharithh/status/1239834561980186625

Selain itu, taman tema seperti LEGOLAND dan Sunway Lagoon juga antara yang terkesan dengan perintah yang dilaksanakan kerana terpaksa menutup operasi untuk usaha menangani penyebaran wabak ini.

Jika waktu cuti sekolah, pastinya taman tema air merupakan antara destinasi pilihan ramai ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka berhibur.

Tidak dapat dinafikan bahawa perintah kawalan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan perniagaan tetapi perintah ini terpaksa dilakukan agar wabak COVID-19 dapat dibendung berikutan pertambahan kes jangkitan di Malaysia.

Jika anda merupakan antara peniaga yang terkesan dengan pengawalan COVID-19 ini, apakah pandangan anda tentang perkara ini? Adakah anda mempunyai penyelesaian untuk pendapatan anda dalam tempoh perintah ini dijalankan?

Apa kata anda berikan pandangan anda mengenai isu ini. Sementara itu, baca artikel terkini tentang COVID-19 di The Vocket pada pautan di bawah ini. 

Kesan COVID-19, Pakar Jangka Lebih Ramai Muflis Berbanding Maut

3 Cara Lindungi Diri Daripada Wabak Coronavirus Anda Wajib Tahu

‘Test Kit’ COVID-19 Dengan Pengesanan Sepantas 30 Minit Sedia Didapatkan Dengan Harga RM99