Kehangatan perlawanan separuh akhir Piala AFF edisi kali ini di antara Malaysia dan Thailand bukannya panas dengan perseteruan dua negara jiran, tetapi lebih kepada hal konsert Jay Chou yang menghalang lebih 21,000 kerusi dipenuhkan kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang dalam proses pemasangan.

Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan mereka menyatakan hanya 59,000 keping tiket sahaja akan dijual untuk perlawanan separuh akhir 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Disebabkan hal ini, peminat bola sepak tanah air telah bertindak menyerang Instagram penyanyi dari Taiwan tersebut. Kebanyakan komen berbaur kecaman yang meminta untuk Jay Chou tidak meneruskan konsert beliau di Malaysia.

Kelakuan rakyat Malaysia ini sebenarnya memalukan, mereka seolah tidak mahu memahami isu sebenar. Adakah mereka fikir stadium itu dibuat untuk peminat bola sepak sahaja? Jika hanya dibuat untuk konsert, bagaimana SNBJ mahu menjana pendapatan?

Dalam satu kenyataan, Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh menyatakan bahawa pihak penganjur Konsert Jay Chou sudah menempah untuk menggunakan stadium sejak 19 Mac 2019 lagi dan pihak FAM menempah stadium pula pada Ogos 2022.

“Tempahan untuk Jelajah Dunia Jay Chou dibuat pada Mac 2019, manakala FAM menempah stadium untuk AFF 2022 pada Ogos 2022,” katanya dalam ciapan.

“Penganjur konsert memerlukan 14 hari untuk menyiapkan pentas yang melibatkan 500 krew yang mana 185 kreww antarabangsa, 45 jentera berat, 200 pembesar suara dan 800 lampu.

“Mereka menangguhkannya selama dua setengah hari untuk memberi laluan kepada AFF.”

Malaysia akan bertemu Thailand dalam perlawanan separuh akhir pada hari Sabtu. Kesemua 59,000 tiket yang dijual dalam talian telah habis dalam masa 24 jam.

Selepas perlawanan pertama di Bukit Jalil, Harimau Malaya akan berlepas ke Thailand untuk aksi timbal balik di Stadium Thammasat di Pathum Thani, di Bangkok, pada 10 Jan.

Jika Malaysia dapat mengatasi juara enam kali Thailand, mereka akan menentang Vietnam atau Indonesia pada perlawanan akhir dua pada 13 dan 16 Jan ini.