Sejak beberapa hari lalu pembeli air mineral jenama Spritzer mengadu air botol itu mengeluarkan bau kurang menyenangkan, ada yang menyatakan baunya mirip petai.

Sehubungan itu Spritzer telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung isu itu pada malam tadi.

Baca Juga:

“Spritzer mengambil maklum mengenai maklum balas tentang bau yang tidak menyenangkan pada beberapa botol Spritzer NAtural Mineral Water dan kami memohon maaf atas kesulitan ini.

“Kami telah mengambil tindakan segera termasuk menjejak kelompok pengeluaran, ujian yang terperinci dan audit terhadap pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan.

“Ujian awal mengesahkan bahawa air tersebut selamat diminum dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” petik kenyataan rasminya.

Cara penyimpan air botol Spritzer

Pada masa sama Spritzer turut menjelaskan air botol boleh menyerap bau jika disimpan berhampiran bahan berbau kuat.

Pengguna diminta menyimpan di tempat sejuk, kering dan habiskan segara air botol itu selepas dibuka.

Spritzer juga sedia memberi bantuan dan penggantian.

Pengguna boleh mengemukakan kod kelompok, butiran pembelian dan nombor untuk dihubungi melalui 1-800-88-3111 atau [email protected] atau WhatsApp ke 017 435 3663 / 012 979 2663.