Masjid menjadi tempat untuk ibadah bagi masyarakat beragama Islam selain menjadi pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam.
Salah satu tempat ibadah di Damansara iaitu Masjid Damansara Perdana menarik perhatian ramai ekoran reka bentuknya yang dianggap unik dan aesthetic.
Baca Juga:
- Mengapa Masjid Viral Penuh, Masjid Rumah Sepi?
- Singgah Berbuka Puasa Dan Solat Tarawih: Senarai Masjid Mudah Akses Dari MRT & LRT
- Individu Ini Anggap Reka Bentuk Masjid Moden Tidak Mesra Jemaah Tua
Masjid Cantik Tapi Ada Jemaah Kurang Selesa
Meskipun mempunyai reka bentuk yang cantik dan moden, akan tetapi sesetengah netizen yang diantaranya jemaah meluahkan rasa kurang senang mereka.

Di laman X, seorang pengguna berkongsi tangkap layar di Instagram yang menunjukkan jemaah berkongsi rasa kurang selesa mereka selepas ramai warga Bangladesh yang berkunjung ke tempat ibadah itu.
“Tapi ramai Bangladesh yang pergi sini. Jadi nak pergi iftar rasa tak selesa,” tulis seorang netizen.
“Ini bukan masalah perkauman. Jadi tak selesa sebab mereka terlalu ramai dan bila lalu depan mereka, cara mereka pandang kita macam nak telan kita.
“Awak semua faham tak? Kena pergi dulu baru komen. Bukan sebab perkauman, tapi masalah perangai mereka,” tulis seorang lagi netizen.

Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang kurang setuju dengan komen demikian dimana mereka menegaskan masjid merupakan rumah Allah dan terbuka kepada semua masyarakat.
“Jangan nak rasis. Itu bukan rumah awak. Itu rumah Allah. Manusia hanya menguruskan sahaja. Adakah mereka berdosa besar sampai perlu dipermalukan sebegini?
“Kita hidup di bumi yang sama, lebih baik muhasabah diri,” tulis netizen.
“Yang mengimarahkan, memeriahkan atau menghidupkan rumah ibadah kita adalah saudara kita yang anda pandang rendah ini. Mereka juga pemurah selalu sedekah di tabung masjid,” tulis seorang lagi netizen.