Siapa yang tidak suka benda percuma, bukan? Mesti anda pernah sertai cabutan bertuah untuk dapatkan hadiah dan kebiasaannya anda perlu memenuhi kriteria diberi barulah boleh menyertai cabutan bertuah.

Terbaharu, influencer Aisar Khaled menjadi bualan ramai apabila dia menjanjikan cabutan bertuah sebuah kereta jenama Mercedes dan pembeli minyak wanginya layak untuk masuk ke peraduan terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Susulan itu, ramai orang yang membeli minyak wanginya untuk melayakkan diri masuk ke peraduan cabutan bertuah dan ada netizen menzahirkan rasa kurang senang mereka.

Ada segelintir netizen mendakwa bahawa itu hanyalah marketing semata-mata dan hadiah tersebut bukan akan diberi kepada pemenang atau pemenang dipilih dalam kalangan rakan-rakannya.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang pelik masih ada lagi yang percaya dengan strategi marketing yang dibuat Aisar.