Kebiasaannya kita akan melihat berita-berita yang disampaikan oleh media massa tempatan berkaitan pelbagai aspek termasuk di luar negara. Namun, tidak pernah terlintas penggiat media massa tempatan membuat perbandingan  dengan negara jiran apabila melaporkan sesuatu perkara.

Bagaimanapun, tular sebuah video di media sosial berhubung penggiat media massa dari Indonesia yang dilihat membincangkan perihal ekonomi dalam masa sama membuat perbandingan dengan negara Malaysia.

Baca Juga:

Di dalam video itu, pengacara sedang membahaskan tentang pelaburan yang dibuat oleh syarikat-syarikat gergasi teknologi global yang cukup besar meskipun negara mereka memiliki jumlah pengguna yang paling besar di rantau ini.

Pengacara menerangkan secara terperinci jumlah pelaburan yang diterima oleh Malaysia dalam membangunkan infrastruktur pusat data yang canggih bernilai berbilion-bilion ringgit.

Sebagai contoh, Oracle kini mengumumkan mereka akan melabur lebih lebih $6.5 bilion (~RM27 bilion) di Malaysia, dengan fokus terhadap perkomputeran awanan dan juga kecerdasan buatan. Selain itu, Microsoft juga mengumumkan pelaburan berjumlah AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion) dalam tempoh empat tahun akan datang.

Bukan itu sahaja, pengacara berita itu juga cuba menekankan yang mereka lebih layak untuk mendapatkan pelaburan pembinaan infrastruktur pusat data kerana miliki jumlah pengguna internet yang besar berbanding negara lain di rantau.

@info.bimantara

#investasi #datacenter indonedia dapat recehan negara tetangga panen triliunan #menkominfo #budiariesetiadi #lapangankerja #ai #clouds #kecerdasanbuatan

♬ suara asli – Bimantara

Hal ini sekaligus menarik perhatian netizen kerana sudah berulang-kali mereka melihat media massa dari negara jiran selalu membuat perbandingan dalam pelbagai hal dengan Malaysia.

Dalam pada itu, ramai mulai menyatakan tindakan perbandingan tersebut tidak patut dilakukan kerana seolah-olah mendorong ke arah kebencian kepada negara Malaysia.

“Berita-berita di Malaysia sangat jarang buat perbandingan seperti ini. Malah, ungkapan melecehkan negara tertentu itu seolah-olah nak menanam perasaan benci penonton kepada Malaysia,” luah seorang netizen dari Indonesia.

“Kenapa diorang bila cakap mesti Malaysia je, tak de negara lain ke,” soal netizen lain.

“Berita Malaysia tidak pernah begini iaitu membanding-banding negara lain,” kongsi seorang netizen lain.

“Malaysia tak peduli untuk membandingkan apa-apa dengan negara jiran. Kalau pelabur pergi ke negara jiran, kami terima dengna hati yang terbuka, tak pernah dengki sama jiran,” pesan seorang netizen.

“Ni bukti tak perlu negara yang besar untuk tarik pelabur,” komen ringkas seorang netizen lagi.

Netizen turut menasihatkan mereka untuk fokus membangunkan negara masing-masing untuk mencapai negara yang maju dan politik yang stabil tanpa perlu membuat perbandingan sebegini.

Anda mungkin tidak sedar tetapi  Malaysia sebenarnya pada hari ini sedang memacu ke arah menjadi hub global teknologi dan sedang diburu oleh pelabur luar dalam membangunkan pelbagai infrastruktur canggih di sini. Hal ini sekaligus memberikan kesan positif kepada negara dalam jangka masa panjang.