Baru-baru ini, drama Lelaki itu menjadi bualan ramai dan boleh dikatakan sentiasa trending setiap kali ia ditayangkan.

Bagaimanapun, episod yang ditayangkan pada baru ini-ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen apabila ada memaparkan babak watak Sharifah Batrisyah lakonan Hannah Delisha diperkosa sekumpulan lelaki.

Babak terbabit turut dimuat naik di media sosial menerusi akaun rasmi sebuah siaran televisyen di platform X.

Sumber Gambar: X @tv3malaysia

Menerusi perkongsian itu, klip video yang berdurasi 33 saat itu memaparkan adegan sekumpulan mat rempil mengambil kesempatan untuk memperkosa Batrisyah di suatu kawasan gelap.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mempertikaikan tindakan penyiar kerana memaparkan babak sensitif itu.

Ramai yang berpandangan tiada keperluan untuk melakonkan adegan sedemikian apatah lagi ia ditunjukkan kepada tontonan umum.

Selain itu, netizen juga menyatakan babak sebegitu juga akan membuatkan rasa terganggu dan trauma kepada mereka yang pernah mengalaminya.

“Dah tak de idea sangat ke? Bodohamatla konten macam ni,” kata seorang netizen.

“Sebab tu saya dah tak tengok tv haha takde cerita best langsung. Sesuai la scene rempit gini untuk golongan rempit. Malas triggered lebih dengan masyarakat depa ni,” ujar seorang netizen lain.

‘Ini sangat menjijikkan kepada sesiapa yang meluluskan ini untuk disiarkan di saluran nasional.

“Ini sebab ramai yang tak tengok cerita melayu. Sikit-sikit rogol. Sampah,” luah seorang netizen dengan nada bengang.

Sebaliknya, adegan seperti ini perlu digambarkan dengan cara berbeza jika mahu untuk memberi pengajaran kepada penonton.

Setakat ini, belum ada kenyataan daripada pihak produksi bagi menjelaskan tentang isu tersebut.