Makanan haiwan yang sepatutnya khas untuk binatang peliharaan kini sudah dipromosikan pula selamat untuk dimakan menerusi beberapa video yang tular menerusi platform TikTok.

Dilihat seorang wanita dengan bersahaja menjamah makanan kucing dari sebuah jenama yang sedang meningkat naik di dalam pasaran Malaysia.

@mr.vet.malaysia

baru 15 hari bulan, poket dah kering 💔

♬ original sound – Mr.Vet Malaysia – Mr.Vet Malaysia

Di dalam sebuah video lain, dia telah menerangkan bahawa bahan yang digunakan adalah selamat dan biasa dinikmati oleh manusia, maka dia cuba menyakinkan orang ramai yang ia memang boleh dimakan begitu sahaja.

@mr.vet.malaysia

Replying to @putridalina BUKTI MAKAN AT THE END OKAY!! TENGOK SAMPAI HABIS 😝

♬ original sound – Mr.Vet Malaysia – Mr.Vet Malaysia

Tambahnya hanya ayam, daging dan ikan yang digunakan dalam perbuatan makanan kucing tersebut jadi dia beranggapan boleh dimakan oleh manusia dengan selamat.

Namun begitu, majoriti netizen dari media sosial seperti Threads mempertikaikan akan kenyataan wanita itu bahawa makanan kucing itu boleh dimakan kerana makanan haiwan peliharaan diformulasi untuk keperluan nutrisi haiwan dan paling utama sekali mempunyai unsur syubhah.

Hal ini kerana walaupun menggunakan protein yang halal, tidak bermaksud ia dikendalikan seperti yang disyorkan dalam hukum syarak Islam seperti perlu menyembelih binatang terbabit untuk menjadikan ia halal.

  • Kilang yang memproses makanan haiwan peliharaan mungkin mempunyai piawaian kebersihan yang berbeza daripada kilang makanan manusia.

Dalam pada itu, makanan haiwan peliharaan diformulasi untuk keperluan nutrisi haiwan, bukan manusia.

Ada yang percaya selamat untuk dimakan itu juga tidak bermaksud manusia boleh sesuka hati memakannya seperti makanan harian pula. Boleh jadi ia bermaksud hanya dalam senario jika termakan secara tidak sengaja maka tidak membawa mudarat kepada kesihatan sahaja.

Jadi, ramai berpendapat kenyataan wanita itu boleh menjadi mengelirukan dan berniat mahu melariskan jualan semata-mata.