Tindakan pemandu Perodua Kancil memotong barisan telah mengundang padah apabila ditahan anggota polis bermotosikal.
Dalam satu rakaman video dashcam, ketika pengguna jalan raya lain sedang menunggu barisan, tiba-tiba datang Kancil putih memotong barisan dengan menggunakan lorong bertentangan.
Semasa pemandunya memecut, sebuah kereta Proton Saga dari arah bertentangan telah menyalakan highbeam sebagai peringatan atas kesalahan yang dilakukannya.
Beberapa saat kemudian, dia berselisih pula dengan seorang anggota polis bermotosikal yang lalu bersebelahan dengannya. Polis itu menoleh memerhatikan tindakan pemandu yang berbuat sedemikian tanpa rasa serba salah.
Polis itu segera memperlahankan kenderaan berhenti di tepi jalan untuk membuat pusingan-U, lalu membuka siren dan mengejar kereta Kancil terbabit. Selang beberapa meter di hadapan, anggota itu berjaya menahan kereta kancil itu di tepi jalan.
Ternyata video pendek itu membuatkan ramai pengguna media sosial berasa ‘puas hati’ dapat melihat pemandu bersalah itu tidak terlepas daripada tangan polis.
Nyata orang ramai lagi, pemandu itu bukan sahaja tidak sabar menunggu barisan, bahkan dia telah memotong barisan di laluan garisan berkembar dengan cara pemanduan yang membahayakan pengguna jalan raya lain.
* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Dalam rakaman video lain pula, orang ramai kagum lihat sekumpulan kereta membuat pusingan-U secara serentak. Tonton lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Nampak Pelik Tetapi ‘Style’, Sekumpulan Kereta U-Turn Secara Serentak Tarik Perhatian Ramai
‘Saya Sudah Beam, Lori Tak Bagi Laluan’ – Pemandu Hilux Beri Alasan Selepas Gagal Memotong
Jadi ‘Punca’ Jalan Sesak, Kereta Pengiring VIP Kena Hon Dengan Pengguna Jalan Raya