Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menjadi tumpuan bagi pemilik kenderaan beroda dua atau empat berkonvoi, bukan sahaja di kalangan warga tempatan, bahkan dari negara-negera jiran juga.

Baru-baru ini admin Facebook MotoMalaya berkongsi satu gambar di mana salah seorang rider dari Thailand mengisi tangki minyak motosikalnya menggunakan RON 97.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Min terjumpa 20 rider dari Thailand isi minyak di R&R Tapah. Semuanya isi RON97. Rakyat Singapura boleh belajar dari diorang,” petik hantaran FB MotoMalaya.

Netizen menyambut baik hantaran itu dan memuji kumpulan konvoi tersebut yang menghormati dan tidak menyalahgunakan petrol subsidi milik Malaysia seperti segelintir rakyat Singapura lakukan apabila masuk ke dalam negara ini.

Sumber Gambar: Facebook MotoMalaya
Sumber Gambar: Facebook MotoMalaya

Dalam pada itu, walaupun pihak berkuasa sudah menguatkuasa undang-undang dan pemilik stesen minyak sudah meletakkan notis amaran ‘minyak kuning’ khas untuk rakyat Malaysia sahaja, namun masih ramai rakyat Singapura yang ingkar dengan arahan mudah tersebut.

Sumber