Sejak beberapa minggu lalu, harga minyak petrol RON 97 telah meningkat mendadak sehingga hampir mencecah RM5. Hal ini telah menyebabkan ramai pengguna minyak berkenaan mengeluh kerana terkesan dengan kenaikkan harganya.
Dalam satu perkongsian terbaharu portal automotif tempatan, pengerusi Persatuan Peniaga Petroleum Shell Malaysia (SPDAM), Datuk Abdul Wahid Bidin menyatakan jualan RON 97 mula merudum apabila harga runcitnya melebihi paras RM4 dan kini jualannya telah jatuh sekurang-kurangnya 65%, seperti yang dilaporkan oleh China Press.
“Sejak harga melepasi RM4 sebulan lalu, jualan RON 97 telah menurun dengan ketara. Bagaimanapun, ini tidak memberi kesan kepada hasil stesen minyak, kerana pengguna bahan api akan beralih kepada RON 95,” katanya.
Tambahnya lagi, sama ada RON 97 atau RON 95, margin keuntungan yang diperoleh peniaga daripada penjualan petrol ialah 15 sen seliter, jadi walaupun kenaikan harga RON 97 menyebabkan penurunan jualan, peniaga tetap memperoleh komisen daripada penjualan RON 95.
Tambahnya, kenaikan harga RON 97 bukan sahaja memberi kesan kepada pengguna, kerana jika orang ramai menggunakan kad kredit untuk membayar RON 97, pengusaha stesen minyak juga mendapat keuntungan yang lebih kecil.
“Apabila pelanggan menggunakan kad kredit, pengusaha perlu membayar yuran transaksi 1% bagi setiap liter petrol, bermakna semakin tinggi harga petrol, semakin tinggi bayaran yang kami perlu tanggung,” jelasnya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Peniaga Petrol Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata penurunan jumlah jualan RON 97 sedang berlaku buat seketika ini, jualan menurun dengan ketara selepas harganya melepasi paras RM3.50 seliter.
“Ini bukan perkara baharu. Pelanggan sudah mula bertukar kepada RON 95 sebelum ini, jadi fenomena penukaran tidak begitu besar sekarang. Mengenai berapa banyak jualan nasional RON 97 telah menurun, saya tidak dapat menyatakan dengan tepat berapa banyak.
“Beberapa stesen minyak menjual 2,000 liter RON 97 sehari sebelum ini, dan kini hanya menjual 300 liter,” katanya kepada China Press.
* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
RON 95 vs RON 97, mana satu yang lebih elok? Baca penjelasan yang dirungkaikan oleh Jurutera Analisa Prestasi Enjin berpengalaman
Jurutera Jelaskan Jenis RON Petrol Yang Boleh Dipakai Ikut Kesesuaian Model Kereta
Isu Kesesakan Lalu Lintas, JPJ Umum Waktu Terhad Kenderaan Berat Masuk KL Ketika ‘Peak Hour’
Netizen Meragui Aksi ‘Drift’ Nissan Skyline Turun Genting Highlands Ini Dirakam Secara Tidak Sengaja