Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kerajaan sedang memantau rapi situasi gangguan laluan perkapalan di Selat Hormuz yang kini menjadi ancaman besar kepada rantaian bekalan tenaga dan perdagangan global.
Menurut beliau, laporan terkini menunjukkan lebih 200 kapal yang membawa muatan kritikal kini terkandas di kawasan tersebut, petik Buletin TV3.
Baca Juga:
- Krisis Minyak Global: Negara Mana Paling Bergantung Kepada Selat Hormuz?

- Iran Tutup Selat Hormuz, Ini Respon Angkuh Trump

- Ini Sebab Dunia ‘Goyang’ Sekiranya Iran Tutup Selat Hormuz

Gangguan ini bukan sahaja menjejaskan logistik maritim, malah berpotensi mencetuskan kesan rantaian terhadap aktiviti ekonomi di peringkat dunia.
Menyentuh mengenai impak kepada ekonomi domestik, Anwar memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengambil langkah proaktif bagi melindungi rakyat daripada tekanan inflasi.
“Setakat ini, kita masih berusaha mengawal keadaan, termasuk mengekalkan harga petrol RON95 pada paras RM1.99 (BUDI95).
“Bagaimanapun, situasi ini terus dipantau kerana kita masih mampu bertahan dalam tempoh satu hingga dua bulan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Musolla IOI City Mall, baru-baru ini.