Seorang penunggang motosikal jenis Ducati dipuji netizen apabila beliau kekal tenang selepas tayar motosikal tercabut semasa berada di atas lebuh raya.
Menerusi perkongsian X.com @twtbikers, pasangan suami isteri itu sedang bergerak di lorong kanan. Tiba-tiba motosikal seperti hilang kawalan, lalu si suami segera menukar ke lorong untuk berhenti di lorong kecemasan.
Baca Juga:
- Tayar Tercabut Tengah Jalan, Netizen Puji Suami Isteri Kekal Tenang Hentikan Kereta Ke Tepi
- Netizen Puji Pemandu Wanita Ini Cekap Elak Sekawan Gajah Di Selekoh Jeli-Grik
- Cuba Beri ‘Duit Kopi’ Selepas Ditahan, Tindakan Polis Ini Tolak Rasuah Dipuji Netizen
Semasa menukar lorong, si isteri menepuk bahu suaminya untuk menunjuk tayar belakang motosikal mereka naiki sudah tercabut bergolek di atas jalan.
Biasa tengok tayar kereta tercabut, ini tayar motor @DucatiMotor pulak tercabut. π π
Rider selamat. πͺ pic.twitter.com/IfkObmmQXf
— TwtBikers | π²πΎ (@twtbikers) February 19, 2024
Ramai warganet memuji si suami yang cekap mengendalikan situasi mencemaskan itu dengan baik.
Orang ramai menyatakan sekiranyaΒ rider Ducati itu panik sehingga gagal kawal situasi, kemalangan yang lebih teruk boleh terjadi kedua-dua pasangan suami isteri itu.
Rider sejati, kawalan mantap walaupon dalam panic. Alhamdullilah selamat semuanya. Cuma moto macam tak selamat sahaja,
β AliffShanusi ξ¨π (@aliffshanusi) February 19, 2024
Fuhhh. What a skills. Power wei bole control with double rider then dgn rim tercabut. Paduuuu
β Armin (@DonutPastri) February 19, 2024
Menerusi kemas kini netizen, pasangan suami isteri terjatuh di lorong kecemasan dan mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan rider Ducati itu ada menghantar motosikalnya ke sebuah kedai untuk menukar tayar. Pekerja kedai tersebut dipercayai tidak mengetatkan skru nat tayar sehingga menyebabkan kemalangan itu terjadi.
Netizen turut mendoakan agar kedua-dua pasangan suami isteri itu segera sembuh daripada kecederaan yang dialami.
Sebelum kejadian dia ada g tukar tayar kt salah sebuah kedai yg agak tersohor di KL. Suspect pomen kedai tu tk pasang skru dgn betul. Dia dgn wife cuma cedera ringan. Ni video sambungan pic.twitter.com/dgNMiv8dZl
β Jemi π²πΎπ (@AzmiShafiq_) February 19, 2024
Terdahulu ada situasi yang sama berlaku kepada sebuah kereta. Kereta dinaiki sepasang suami isteri tiba-tiba tercabut tayar.
Bagaimanapun mereka kekal tenang dan segera memberhentikan kenderaan dengan selamat sambil melihat tayar yang tercabut bergolek di hadapan mereka. Anda boleh tonton video tersebut di sini.