Seorang penunggang motosikal jenis Ducati dipuji netizen apabila beliau kekal tenang selepas tayar motosikal tercabut semasa berada di atas lebuh raya.

Menerusi perkongsian X.com @twtbikers, pasangan suami isteri itu sedang bergerak di lorong kanan. Tiba-tiba motosikal seperti hilang kawalan, lalu si suami segera menukar ke lorong untuk berhenti di lorong kecemasan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Semasa menukar lorong, si isteri menepuk bahu suaminya untuk menunjuk tayar belakang motosikal mereka naiki sudah tercabut bergolek di atas jalan.

Ramai warganet memuji si suami yang cekap mengendalikan situasi mencemaskan itu dengan baik.

Orang ramai menyatakan sekiranya rider Ducati itu panik sehingga gagal kawal situasi, kemalangan yang lebih teruk boleh terjadi kedua-dua pasangan suami isteri itu.

Menerusi kemas kini netizen, pasangan suami isteri terjatuh di lorong kecemasan dan mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan rider Ducati itu ada menghantar motosikalnya ke sebuah kedai untuk menukar tayar. Pekerja kedai tersebut dipercayai tidak mengetatkan skru nat tayar sehingga menyebabkan kemalangan itu terjadi.

Netizen turut mendoakan agar kedua-dua pasangan suami isteri itu segera sembuh daripada kecederaan yang dialami.

Terdahulu ada situasi yang sama berlaku kepada sebuah kereta. Kereta dinaiki sepasang suami isteri tiba-tiba tercabut tayar.

Bagaimanapun mereka kekal tenang dan segera memberhentikan kenderaan dengan selamat sambil melihat tayar yang tercabut bergolek di hadapan mereka. Anda boleh tonton video tersebut di sini.