Pada Jun lalu, berakhir hubungan Nora Danish dengan Nedim Nazri selepas lebih tujuh tahun bergelar suami isteri.
Walaupun sudah berpisah, kehidupan Nora Danish sedikit terganggu apabila ada netizen menghantar ‘report‘ kepadanya mengenai bekas suami itu.
Baca Juga:
- Nora Danish Dan Nedim Sah Bercerai Selepas 7 Tahun Bersama
- Ramai Lelaki Cuba Nasib Mengurat Nora Danish Selepas Kembali ‘Solo’
- Nedim Minta Nora Danish Berdoa Lebih Kuat Demi Percutian Anak Anak Mereka
Menurut Nora, ada memberitahunya di mana ternampak Nedim keluar bersama dengan wanita-wanita lain.
“Dan tidak mengapa jika kelihatan dia bersama wanita-wanita lain kerana penceraian ini adalah permintaan saya. Jadi biarlah dia dan kehidupannya.
“Jangan sampaikan kepada sayalah okay? Masing-masing sudah melalui jalan berbeza.
“Kami hanya rapat atas urusan anak-anak. Tidak lebih. Harap maklum,” petik hantaran Instagram Story @noradanish yang dimuat naik semalam.
Tambah Nora Danish lagi, beliau sudah tidak tinggal sebumbung dan tidak akan tinggal serumah dengan bekas suami kerana mereka sudah bercerai.
Terdahulu, artis itu juga meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi apabila cuba mengaitkan penceraian mereka adalah disebabkan masalah kewangan yang melanda.