Nora Danish menafikan perceraian dia dengan bekas suaminya, Nedim Nazri kerana isu kewangan yang melanda Nedim.

Nora Danish merayu kepada netizen agar tidak membuat sebarang spekulasi di sebalik apa yang berlaku kepada dia dan Nedim.

Nora Danish turut meminta semua pihak menghormati keputusan yang dibuat oleh mereka untuk berpisah.

Dipetik dari Kosmo Online, Nora Danish berkata: “Saya harap anda semua dapat menghormati perpisahan kami dan tidak timbulkan sebarang teori. Ini kerana saya sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga.

“Saya sangkal dakwaan masalah kewangan menjadi punca perpisahan. Kami sudah duduk berasingan enam bulan dan cuba selamatkan rumah tangga dibina tujuh tahun lalu, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.”

Nora Danish percaya ada hikmah terbaik di sebalik apa yang berlaku.

Pasangan Nora Danish dan Nedim sebelum ini dilaporkan tidak lagi sehaluan dan tidak lagi tinggal bersama selama beberapa bulan.

Segala spekulasi tentang rumah tangga Nedim dan Nora Danish akhirnya terjawab apabila mereka sah bercerai talak satu semalam.

Kedua dua mereka sudah menjadi pasangan suami isteri selama tujuh tahun.

Selepas proses cerai di mahkamah itu, Nora bercakap kepada wartawan dengan berkata: “Saya dan bekas suami sudah mendapat persetujuan bersama untuk mengakhiri perkahwinan kami yang didirikan selama tujuh tahun.

“Ia berakhir di sini, malam ini.

“Apa yang paling penting, tujuan kami untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan positif.

“Jadi, saya harapkan anda mendoakan yang terbaik buat kami dan keluarga.

“Saya harap tiada teori mengenai perpisahan kami. Ini kerana kami sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga dan anak-anak.”