Perceraian bukan alasan untuk Nora Danish dan Nedim bermusuh. Sebaliknya Nora Danish mendoakan agar bekas suaminya itu untuk terus kuat.

Nedim baru baru ini disahkan menerima rawatan di unit rawatan rapi namun tidak pula diketahui dia sedang berdepan sakit apa.

Apa yang pasti Nedim gembira melihat Nora Danish datang melawatnya. Dia menulis kapsyen: “Alhamdulillah, jururawat bergaduhku telah sampai.”

Dipetik dari mStar Nedim berkongsi foto Nora Danish memakai hoodie dan berhijab. Membuatkan ramai netizen mendoakan agar Nora Danish terus istiqamah terus berhijab.

Kemudian Nora Danish mendoakan agar Nedim akan terus kuat dan cepat sembuh.

Nedim meminta Nora Danish agar berdoa lebih kuat agar dia cepat sembuh demi percutian dengan anak anaknya.

Ketika itu Nedim mengambil gambar Nora Danish sedang berdoa di sebelah katil hospital.

Nedim menulis: “Doa lebih sikit mommy. Semoga daddy kuat untuk percutian anak anak.”

Ramai netizen terharu melihat hubungan baik kedua dua mereka. Walaupun baru sahaja bercerai pada Jun lalu.

Mereka juga mendoakan agar Nedim cepat sembuh dan kembali cergas seperti sediakala.

Sebagai rekod, Nedim dan Nora Danish pernah berkahwin pada 30 Mac 2017. Dan selepas 7 tahun bersama kedua dua pasangan itu mengambil keputusan untuk bercerai.

Kedua dua mereka tidak mahu berkongsi dengan lebih teperinci alasan perceraian mereka. Nora Danish menafikan isu status kewangan Nedim menjadi punca mereka bercerai.

Apa yang pasti kedua duanya sudah menyatakan bahawa mereka akn terus berbaik demi anak anak mereka.