Pelakon jelita, Nora Danish kini berterus terang bahawa bahtera perkahwinannya dengan Nedim Nazri yang dibina sejak 2017 itu kini sedang goyah.

Katanya lagi, mereka berdua kini sedang berada di dalam fasa ‘pemulihan’ di mana mereka semua sedang menangani masalah yang berlaku di antara mereka secara matang.

Jelas Nora, dia dan Nedim juga sudah tidak sebumbung sejak 3 bulan lalu dan kini sedang menetap di rumah keluarga masing-masing.

“Kita manusia biasa, tidak lari daripada kesilapan. Tujuh tahun berkahwin, memang ada pergolakan tetapi kami cuba tangani sebaik mungkin.

“Buat masa ini, lebih baik tinggal berasingan di rumah keluarga masing-masing. Perkahwinan kadang-kadang perlukan ruang, itu lumrah.

“Bagaimanapun kami setiap hari akan berjumpa malah baru pulang bercuti baru-baru ini,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon terkenal itu menegaskan bahawa pergolakan rumah tangganya tiada kaitan dengan campur tangan orang ketiga.

Malah, dia dan Nedim tidak berfikir tentang soal penceraian yang disifatkan sebagai jalan terakhir dan menyerahkan soal itu kepada ketentuan Allah.

“Apa yang berlaku, tiada kena mengena dengan orang ketiga, lebih kepada persefahaman masing-masing. Rumah tangga mana tiada masalah.

“Penceraian adalah jalan terakhir. Apa juga keputusan, saya harap yang terbaik untuk kami berdua dan anak-anak,” luahnya lagi.

@sinar_my

Pelakon, Nora Danish menjawab dakwaan rumah tangganya dengan Nedim Nazri yang berantakan sehingga tidak lagi tinggal sebumbung. Malah, dia juga mengakui rumah tangga yang dibina tujuh tahun lalu goyah. “Perceraian adalah jalan terakhir. Apa juga keputusan, saya mengharap yang terbaik untuk kami berdua dan anak-anak,” katanya. Sumber: Astro Gempak #SINARKongsi

♬ original sound – SINAR – SINAR

Sebelum ini sudah kedengaran khabar angin tentang pergolakan rumah tangga Nora dan Nedim selepas mereka tiada kongsi gambar sambut hari raya bersama.

 

Sumber