Langkah kerajaan Johor pertimbangkan cadangan ubah waktu bekerja bagi sektor awam di negeri ini kepada empat hari setengah mendapat reaksi positif dalam kalangan warga maya (netizen).
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dilaporkan berkata, ia susulan pelaksanaan cuti hujung minggu yang diubah semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.
Baca Juga:
- Johor Pertimbang Kerja 4 Hari Setengah Seminggu Bagi Sektor Awam
- Johor Negeri Pertama Tawar Gaji Premium Bermula RM4,000
- Polis Johor Nafi Dakwaan Kereta Rakyat Singapura Jadi Sasaran Pencuri
This actually is the best tbh. 4.5 days is very progressive for our standards https://t.co/gVGW2qj8SJ
— サイードアイマン (@AimanDrummer) November 21, 2024
Cadangan ini patut diperluaskan kepada sektor swasta juga. Cadangan juga patut disekalikan dengan asbab. 5 Hari bekerja ni peninggalan zaman sebelum revolusi industri 4.0 yg mmg patut dikurgkan kerana perkembangan teknologi & produktiviti semakin meningkat dan laju. https://t.co/ltvvbLICh0
— PelukisDalamBuangan (@Aznabel83) November 21, 2024
Cadangan dari Kerajaan Negeri Johor wajar dipuji dan diraikan kerana ada inisiatif untuk memendekkan tempoh hari bekerja kepada 4 setengah hari
Ia perubahan kecil, tetapi besar maknanya. Terutama kepada pasangan PJJ dapat ruang lebih panjang untuk bersama keluarga.
Thread. pic.twitter.com/skB2lV4hpX
— Public Health Malaysia (@health_malaysia) November 22, 2024
Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) turut menyambut baik langkah itu dan menyifatkan ia tidak akan menjejaskan kualiti serta produktiviti sektor awam, sebaliknya dapat mentranformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam menjadi lebih cekap.
“CUEPACS menyambut baik dan menyokong langkah Kerajaan Johor mempertimbangkan pelaksanaan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah.
“Pengurangan waktu bekerja itu tidak menjejaskan langsung produktiviti di semua sektor pekerjaan termasuk sektor awam kerana pelbagai langkah diambil dan diselaraskan untuk memastikan kualiti produktiviti terus ditingkatkan.
“Menerusi proses dan sistem teratur yang dilaksanakan kelak, CUEPACS yakin waktu bekerja yang pendek benar-benar membawa kepada peningkatan produktiviti kerana pekerja berasa bersemangat dan dihargai.
“CUEPACS yakin melalui langkah pendigitalan kerajaan di samping agenda mereformasi perkhidmatan awam melalui aspirasi Malaysia Madani tidak akan menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, sebaliknya menjadikannya lebih cekap,” kata Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat menerusi kenyataan dalam Berita Harian.
Dalam pelaksanaan cadangan pengurangan jam bekerja ini juga, majikan seharusnya bersedia memastikan pelaksanaannya tidak memberi impak sebaliknya.
“Kebanyakan negara maju sudah memendekkan waktu bekerja dan ia tidak menjejaskan produktiviti sumber manusia di negara berkenaan.
“Iceland antara kayu pengukur kejayaan kepada pengurangan waktu kerja iaitu daripada purata 40 jam kepada 35 jam seminggu,” katanya.