Tidak dapat dinafikan bahawa penularan wabak COVID-19 yang menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat Malaysia.
Industri pelancongan adalah industri pertama terkesan dan yang terakhir akan pulih sepenuhnya. Jika dahulu kita berkunjung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kita akan lihat kemeriahan pengunjung yang tidak putus-putus.
Akan tetapi, ketika ini keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur lengang. Mana tidaknya, beribu pekerja telah diberhentikan dan kedai-kedai didalam kawasan lapangan terbang juga ada yang telah tutup.
Kita dapat lihat suasana Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang lengang menerusi perkongsian pengguna Twitter @sitiraudzah. Perkongsian itu mendapat perhatian netizen.
Kapal terbang di KLIA yang direhatkan. Maka beribu pekerja juga turut diberhentikan. Jurutera, pekerja teknikal, pramugara, kakak pencuci dan ramai lagi. Kosong. Semuanya telah dibungkus. Bagi para pekerja yang telah hilang punca pendapatan, apakah yang mereka hendak jimatkan? pic.twitter.com/bvj73ipEH1
— Siti Raudzah Ghazali (@sitiraudzah) September 29, 2020
Malah, rata-rata netizen berasa sayu melihat keadaan lapangan terbang yang boleh diumpamakan seperti ‘ghost town’. Para netizen juga ada berkongsi momen mereka apabila berkunjung ke sana baru-baru ini.
Tidak hanya itu, para netizen juga merindui suasana sibuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu di setiap pelusuk.
https://twitter.com/_dibsy/status/1310908784785518593
Sis nak tunjuk jugak bahagian international air asia habis kedai semua bungkus, berkemungkinan 2 tahun akan datang baru bukak im just sad😞 pic.twitter.com/ut3DZ6yagB
— asya✈️🐰🇵🇸 (@cottonjunho) September 29, 2020
https://twitter.com/khalid_hakimi19/status/1310901617181351936
https://twitter.com/allyciatann_/status/1310854881930928128
Ketika ini, memang saat yang sukar buat semua orang. Diharap anda semua akan cekal dan tabah dalam menghadapi cabaran. Jangan putus asa dan sama-samalah kita jaga diri membendung penyebaran COVID-19 ini.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel individu yang bangkit daripada kehilangan pekerjaan disebabkan COVID-19 pada pautan di bawah.
11 Tahun Keliling Dunia, Kisah Juruterbang Yang Kini Jadi ‘Pilot’ Van Jenazah Curi Perhatian Netizen
Dari Awan Turun Ke Jalanan, Lelaki Ini Kongsi Persamaan Jadi ‘Rider’ E-Hailing Dan Juruterbang
3 Bulan Berlakon Pergi Kerja Depan Isteri, Perkongsian Lelaki Ini Buat Netizen Sebak