Instagram Jihan Muse diserang oleh netizen yang mulai mempersoalkan kredibilitinya sebagai pengacara. Ini selepas seorang lagi pengacara, Elly Mazlein dipercayai meluahkan kritikan ke atas Jihan Muse.
Elly Mazlein mengejutkan peminat apabila dia dengan terbuka menegur Jihan Muse yang dianggap suka mengaibkan orang lain ketika berlawak.
Segalanya bermula apabila Jihan Muse dan rakan pengacaranya menyanyikan lagu Mengintai Dari Tirai Kamar, sambil Haziq menari nari. Jihan kemudian menyindir bahawa kelakuan rakan pengacaranya itu mengingatkan dia pada seorang lagi pengacara di stesen tv swasta namun versi perempuan.
Elly Mazlein berharap dia tidak akan menjadi pengacara seperti Jihan Muse yang suka membahan dan memerli orang lain.
Kemudian Elly Mazlein menulis: “Biarlah lawak menyanyi berulang kali kalau dengan cara itu boleh menghiburkan. Daripada lawak berulang ulang main nama bapak, memerli dan membahan dan paling tak menahan lawak tahi lalai chipsmore berulang ulang dari musim pertama sampailah musim berpuluh puluh, adoi lah.
“Ni lah contoh, menutup hanya hiasan untuk menutup bangkai di longkang. Penunggang 2024. Sekian tajuk album. Lupakan aku di dalam kepala hotak kau, boleh?”
Ruangan IG Jihan Muse diserang netizen yang menasihati dia agar lebih profesional dan tidak membahan pengacara lain dengan cara menyindir.
Mereka turut menegur Jihan Muse agar kurangkan sikit perangai suka memperlekehkan atau mengutuk fizikal orang lain.