Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah ditonyoh oleh isterinya sendiri, Brigitte Macron. Insiden itu berlaku ketika pasangan itu mahu menuruni pesawat mereka di Hanoi, Vietnam.

Insiden itu mencetuskan satu lagi polemik antara netizen. Kerana sebelum ini presiden Perancis itu pernah dimarahi isterinya akibat pulang lewat ke hotel mereka.

Pasangan yang seringkali dianggap mesra dan romantis itu membuatkan ramai terkejut. Dan tidak pasti sama ada ianya tonyohan kasar atau bergurau.

Video insiden tersebut dengan cepat tular di seluruh dunia. Presiden Macron kelihatan cuba menjelaskan sesuatu telah ditonyoh di muka. Beliau kemudian dengan cepat berpaling ke arah kamera dan melambai dengan senyuman.

Lawatan ke Vietnam itu adalah sebahagian daripada lawatan diplomatik Macron ke Asia Tenggara. Di mana beliau turut melawat Indonesia dan Singapura.

Laporan dari Perancis menyebut, Presiden Macron segera menafikan sebarang spekulasi negatif, menjelaskan bahawa interaksi tersebut hanyalah gurauan mesra antara suami isteri.

Beliau turut mengkritik kecenderungan media sosial dalam menyebarkan maklumat yang boleh disalah tafsir, merujuk kepada insiden terdahulu yang melibatkan penyebaran video palsu mengenai dirinya.

Pejabat Presiden Perancis turut menyokong penjelasan tersebut, menekankan bahawa ia adalah momen santai antara pasangan tersebut sebelum memulakan jadual rasmi mereka.

Namun, reaksi orang ramai berbeza-beza. Ada yang menerima penjelasan itu. Ada yang memberikan reaksi sebaliknya. Ada yang menyindir menyatakan bahawa Presiden Perancis sebenar adalah yang berbaju merah.