Netizen tegur Zarina Zainuddin yang dituduh gila konten ketika merakam wajah anak Ridzokumura yang tengah sedih kehilangan ibunya.
Ibunya, Akiko Akimura meninggal dunia beberapa minggu lalu selepas terjatuh daripada tingkat 4 sebuah kondominium.
Zarina Zainuddin yang aktif membuat konten dianggap tidak menghormati privasi keluarga tersebut.
Di mana dia melawat Ridzokumura dan merakam anak yang sedang bersedih selepas kehilangan ibunya, walaupun anak tersebut meminta untuk berseorangan.
Netizen tegur Zarina Zainuddin sebagai buta hati
Dia malah meminta anak Ridzokumura memegang telefon bimbitnya unntuk merakam. Ianya membuatkan netizen tegur Zarina agar tidak menjadikan anak orang lain sebagai konten.
Malah ada yang melabel Zarina Zainuddin sebagai buta hati.
Budak tu sendiri cakap 'I want to be alone' tapi kalut nak record nak post. Dah tua tapi bodoh, semua benda nak di jadikan content. pic.twitter.com/x879pEijo7
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) March 4, 2025
Seorang netizen di X menulis: “Nampak kat FYP rasa kesian kat Sky, dia masih belum dapat hadam emosi dengan dengan sebaiknya. Bertembung dengan Zarina je kena rakam, bahkan ayah dia sendiri pun suka rakam. Budak tu tengah sedih.”
Yang lain berkata: “Kasihan dekat dia, sebelu ini yang faham dia adalah emak dia seorang sahaja. Dan sekarang semua orang angkat kamera dekat dia.
“Prihatin tu tak salah, tetapi bagilah ruang ketika dia bersedih. Kalau boleh sesiapa yang masuk live, tegurlah dewasa dewasa itu. Dengan berita kematian emak dia sedang heboh sana sini.”
Di Instagram pun ada netizen tegur Zarina Zainuddin. Mereka agakkurang senang dengan tindakan Zarina Zainuddin yang merakam wajah Sky, walaupun mereka menghargai usaha Zarina menyediakan sahur untuk keluarga tersebut.
Kes masih disiasat
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar mengesahkan bahawa kes masih disiasat di bawah Seksyen Mati Mengejut (DSP) – seperti dilaporkan Harian Metro.
Walaupun kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun polis tetap melancarkan siasatan jika ada unsur jenayah, tindakan sendiri atau sebagainya.