Baru-baru ini, pelakon Zarina Zainuddin marah apabila netizen menuduhnya membuat pembedahan hidung.

Menurut laporan, difahamkan perubahan hidung pelakon berusia 52 tahun itu mula menjadi perhatian semasa Zarina mempromosikan festival makanan di Singapura, beberapa hari lalu.

Baca Juga:

Kebanyakkan netizen tertanya-tanya sehingga sanggup menuduh pelakon drama Teduhan Kasih itu membuat pembedahan hidung.

Sementara itu, Zarina berang netizen menuduhnya tanpa usul periksa. Tidak berdiam diri, Zarina tampil menjelaskan perkara tersebut menerusi video pendek di Instagram miliknya.

 

Dalam pada itu, dia mengakui telah menjalani pembedahan hidung kerana mempunyai sinus yang teruk serta masalah migrain.

“Sampai satu tahap rasa hendak buka tudung sebab terlalu sakit kepala. Ada masanya sampai rasa hendak menghantuk kepala ke dinding,” ujarnya.

“Saya jumpa doktor dan buat pembedahan untuk mengeluarkan bendalir dibawa mata. Anda boleh nampak kesannya, ingat saya sengaja nak hidung macam ni?,” tambahnya lagi.

Bahkan, dia mengakui hidungnya dulu sudah cantik, oleh kerana sering sakit kepala dan jadi hendak marah sehingga mengganggu kerja, jadi dia terpaksa membuat pembedahan tersebut.

Bukan itu sahaja, dia menegaskan sesiapa yang memfitnahnya segera berjumpa dengannya untuk memohon maaf sebelum meninggal dunia atau terpaksa merangkak mencarinya di akhirat kelak.

Zarina mengatakan dia amat tersinggung dengan individu yang tidak bertanggungjawab menuduhnya sehingga membuatkannya menangis dan sakit kepala.

Tambahnya, bukan dia seorang dalam keluarga mempunyai masalah sinus, malah anak autismnya, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan atau lebih dikenali sebagai Azal juga menghadapi masalah sama.

Selain itu, Zarina meminta netizen mendoakannya, bukan menyakitkan hatinya dengan komen yang ‘pedas’ yang boleh membuat hatinya terluka.