Artis veteran, Zarina Zainuddin telah membidas wanita wanita yang menjadi penyondol di luar sana terutama sekali perempuan yang masih muda.

Dia bengang kerana wanita wanita muda ini dilihat suka sangat dengan suami orang. Kemudian menjadikan diri mereka seperti perempuan simpanan.

Memuat naik di Instagram miliknya, Zarina meminta perempuan muda yang suka menggatal dengan suami orang agar berambus dan mencari lelaki yang bujang.

Kerana tindakan menyondol suami orang ini akan membuatkan orang lain sakit hati termasuk diri sendiri.

“Orang pun sakit mata tengok kau dan sampai ke tua orang panggil kau penyondol,” tegas beliau.

Selain itu bukan mudah nak hidup bermadu menurut Zarina Zainuddin, kerana takut perempuan perempuan muda ini tak kuat mental, fizikal dan sebagainya.

Selain itu, perempuan yang hidup bermadu harus kuat secara iman. Jika tidak, mereka boleh jadi ‘macam orang gila kat rumah nanti’. tegas Zarina.

Dia menulis: “Sakit pulak hati tengok semua yang cantik cantik yang muda-muda nak sangat kawin dengan laki orang.

“Kemudian kau ala ala perempuan simpanan kat rumah sebab laki kau takut bini sana mengamuk, kalau boleh tak payahlah, kot kot hidup kau mewah orang gaji dua tiga orang ada bodyguard tu lain cerita.

“Ni kau masih ke sana sini cari duit, sayang. Baik kau bercerai masa tengh muda ni dari dah tua anak dah bersusun nak cerai pun tak ada faedahnya.

“Sakit pulak hati saya tengok.

“Saya ni pun sampai sekarang terasa berdosa besar kacau hak madu saya. Nak buat apa hidup asyik makan hati dia makan hati saya makan hati.

“Laki makin lama makin botak fikir hal bini bini ni, ishh korang fikir sendirilah, nak saja aku azankan kat telinga korang jangan kawin laki orang. Cari bujang belambak kat luar tu.”

Zarina kemudian menegaskan dia bercerita berdasarkan pengalaman beliau. Namun dia menegaskan kes dia adalah lain. Dia bukan kategori penyondol. Sebaliknya dia bermadu secara baik dan tidak berselindung terlebih dahulu.

“Kes saya lain, kes saya tak akan sama, berbeza. Saya bukan nak menggatal gatal dengan laki orang, tak ada.

“Saya kenal dia secara baik, dia bawa saya jumpa bini dia. Dan selepas itu saya kahwin. Dan sudah hampir 30 tahun saya kahwin, itu lain cerita,” tegas beliau.