Pempengaruh dan usahawan terkemuka, Cik Epal sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosial apabila mendedahkan harga sebenar yang dikenakan bagi memberi ulasan atau pun menjadi duta jenama buat mereka yang berminat.

Cik epal
Sumber Gambar: IG

Menerusi tangkap layar IG Story miliknya, dia mengenakan caj bayaran bermula dari RM20,000 untuk iklan di IG Story atau yang paling mahal mencecah RM100,000 untuk menyertai live promosi sesebuah jenama selama 4 jam di TikTok.

Cik epal
Sumber Gambar: IG

Untuk yang mahukan Cik Epal menjadi duta jenama tertentu, anda perlu menyediakan bajet sekitar RM250,000.

Mungkin nampak mahal di mata orang ramai bagaimanapun Cik Epal menegaskan dirinya akan sentiasa memberikan komited sepenuhnya dalam mendapatkan hasil yang terbaik apabila sudah berkerjasama.

Dia juga mengingatkan kepada sesiapa yang berminat untuk menghubungi pembantu peribadi bagi mendapatkan persetujuan dalam menerima ulasan dari dirinya secara eksklusif.

Pendedahan senarai caj untuk ulasan oleh Cik Epal sememangnya menjadi sensasi dan membuatkan ramai netizen terkedu apabila melihat harga servisnya.

Walaupun tampak mahal, ada netizen yang berkongsi hasil video kerjasama dengan figura itu sememangnya memberikan jumlah tontonan yang tinggi seperti  dengan Jakel dan Pak Mat Western baru-baru ini.

Malah, ada yang berkongsi Cik Epal pada mulanya malas mengambil tugasan ulasan sebegini oleh itu dia meletakkan harga yang tinggi namun masih ada jenama-jenama yang sanggup berbelanja besar mungkin mengetahui akan kebolehan dan popularitinya akan melonjak jualan lagi.

Namun, ada juga yang merasakan tidak berbaloi kerana harga yang dikenakan terlalu mahal jika nak dibandingkan dengan artis atau pelakon terkenal yang lain.

Kalau anda ada bajet besar, adakah mahu mendapatkan servis mendonia ini?