Menjadi kebiasaan buat pelajar semester terakhir untuk melakukan intern di syarikat di luar sana. Hal ini bagi memenuhi kriteria subjek dan mendapatkan pengalaman berkerja di dunia sebenar.

Bagaimanapun, ada segelintir pelajar sepertinya tidak berdiri di atas dunia nyata apabila membuat permintaan tidak masuk akal ketika mahu intern bersama sesebuah syarikat.

Baca Juga:

Sebuah syarikat pereka grafik tempatan berkongsi satu tangkap layar emel yang diterima daripada seorang pelajar yang berminat untuk melakukan internship bersama syarikat tersebut.

Bagaimanapun, pelajar ini memutuskan untuk berkongsi permintaan khas sebelum memohon masuk ke syarikat tersebut.

Menerusi emel bertajuk ‘Mencari internship’, pelajar itu ingin mengetahui sama ada syarikat itu menawarkan insentif penginapan, pengangkutan, makanan, bonus prestasi dan juga gaji lebih daripada RM3,000 sebelum memohon.

Malah, pelajar ini hanya akan memohon sekiranya permintaan tidak masuk akal itu disediakan oleh pihak majikan.

“Tolong jangan… tapi kami doakan yang terbaik buat kamu”, kata wakil syarikat itu secara berseloroh di dalam kapsyen hantaran tersebut.

Sumber Gambar: KF Design

Sementara di bahagian komentar, majoriti netizen terkedu dengan permintaan pelajar itu kerana dilihat tidak realistik lebih-lebih lagi apabila hanya mahu melakukan internship.

“Teruskan bermimpi”, ujar seorang pengguna FB terhadap permintaan pelajar itu.

“Sekejap, anda boleh minta perkara sebegini di dalam internship?”, soal pengguna lain.

Intern salary nak sama dengan gaji pekerja tetap. Hurm kesian ko dik”, ujar pengguna maya lain yang turut terkejut dengan permintaan gaji intern setara dengan pekerja tetap.

“Saya tertanya-tanya apa pula yang akan diminta jika mahu memohon kerja sepenuh masa kelak”, kata seorang pengguna maya lain.

Hantaran itu telah meraih perhatian ramai apabila dipenuhi komen oleh pengguna tempatan di samping mendapat perkongsian mencecah 2,900 di platform FB.

Sumber