Tindakan seorang individu mengiklankan perkhidmatan seks secara terang-terangan di platform media sosial kini meraih perhatian netizen.

Menerusi hantaran di platform X, seorang lelaki memuat naik foto bersama seorang wanita yang dipercayai merupakan pekerja seks berusia 21 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: X @miraersha

Lebih mengejutkan lagi apabila lelaki terbabit menawarkan perkhidmatan seks bersama wanita berkenaan secara percuma kepada pelanggan bertuah.

” Okay i nak bagi suprise kepada subscriber bertuah. Sesiapa yang sudah subscribe channel saya, saya akan pilih seorang untuk ‘have fun’ bersama filipino girl di hotel 5 bintang secara percuma,” tulis lelaki terbabit di hantaran tersebut.

Sumber Gambar: X @miraersha

Difahamkan individu ini melakukan aktiviti penjualan video-video lucah dengan mengenakan caj sebanyak RM100 kepada mereka yang mahu melanggan saluran Telegram peribadinya.

Hantaran tersebut terus tular selepas ditangkap layar oleh seorang pengguna X lain dan telah menerima pelbagai reaksi dari netizen yang mana majoritinya sangat terkejut dengan pendedahan itu.

“Istighfar panjang aku ari nie,” luah seorang pengguna yang turut terkejut dengan tindakan individu tersebut.

“Selagi tak bertaubat, semoga orang macam ni seksa kena hiv, hep c, hep b, komplikasi tibi merana sampai mampos,” komen seorang pengguna yang turut mendoakan agar individu yang menjalankan aktiviti sebegini ditimpa penyakit teruk.

“Tak boleh buat tindakan atas sbb rule X sekalipun tp pihak berwajib boleh cas dia promosi persundalan, bersekedudukan dgn wanita lain tanpa ikatan dan maksiat secara terangĀ²an.. Harap gov amik cakna la barah camni sebelum makin membusuk,” ujar seorang pengguna X lain.

Bagaimanapun, ramai yang meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut kerana mempromosikan aktiviti persundalan secara terbuka yang mana boleh meruntuhkan ahlak anak muda lambat laun.

Sumber