Bazar Ramadan merupakan salah satu tarikan utama buat masyarakat dalam negara Malaysia sebaik tiba bulan mulia ini. Orang ramai akan berpusu-pusu datang untuk mendapatkan pelbagai juadah yang dijual kerana tidak tersedia pada bulan lain.

Baru-baru tular klip yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @cikroseaussie, di mana dia berkongsi kemeriahan suasana bazar ramadan di Australia.

Pelbagai aneka juadah yang dijual membuatkan para pembeli seakan-akan berada di Malaysia dan bukannya Australia berikutan terdapat laksa, ikan bakar, sotong bakar, nasi kerabu, nasi ayam, keropok lekor, popia, otak-otak dan banyak lagi.

Lebih mencuri perhatian lagi apabila bazar Ramadan di Australia juga didapati sebahagian besar pengunjungnya yang datang adalah daripada warga Malaysia dan selebihnya warga tempatan yang berada di sekitar itu.

Harga juadah yang dijual pula sekitar $16 (~RM49.39)$18 (~RM55.56)yang mana kira agak berpatutan untuk tahap ekonomi setempat di sana. Difahamkan lokasi bazar Ramadan itu terletak di Noble Park, Australia.

Klip berdurasi 1 minit 4 saat itu memaparkan orang ramai sanggup beratur panjang di beberapa gerai.

@cikroseaussie

🌹🌹 Assalamualaikum 🌹@Azzeem O’Mycine 🌹 Noble park Melbourne, Australia. ❤️❤️. #nuzululquran #bissmillah #doakanbaikbaik #ikuttrendtiktok #ramadhan #aseanteam🇮🇩🇲🇾🇵🇭🇸🇬🇧🇳🇹🇭🇲🇲🇰🇭🇱🇦🇻🇳 #tiktokviral

♬ Angklung Ramadhan Tiba – Bayanaka

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut melihat kemeriahan bazar berkenaan. Ada juga yang seolah-olah tidak percaya bahawa bazar itu terletak di Australia.

“Betul ke dekat Australia ni?” tanya seorang pengguna.

“Ingatkan tadi dekat bazar di Malaysia, sebab meriah,” kata seorang lagi pengguna.

“Hebat orang Melayu di Australia,” kongsi seorang pengguna yang teruja dengan senario itu.

Amazing.. Apa yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia berhijrah ke Australia?” komen seorang lagi pengguna.

Selain itu, ada juga berkongsi bahawa sesiapa sahaja boleh menjual selagi mengikuti prosedur yang ditetapkan di negara itu.

Jadi, tidak hairanlah ramai warga tempatan yang berada di sana mengambil peluang bukan sahaja untuk meraih pendapatan tambahan disamping boleh memperkenalkan juadah Malaysia kepada warga setempat.