Hari perkahwinan sememangnya momen terindah buat semua pasangan dan pasti mahu dilakukan dengan kejutan istimewa kerana berlaku seumur hidup sekali sahaja
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pasangan dari Sabah membelanjakan kira-kira sejumlah wang hantaran yang bernilai RM50,000.
Baca Juga:
- ‘Raja Sehari Swarovski’ – Pengasas Bawal Exclusive Belanja RM3.5 Juta Untuk Sambut Menantu
- ‘Why Not?’ – Jutawan Tudung Puas Hati Tempah Gaun Dihiasi Kristal Swarovski Berharga RM250,000
Apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah wang hantaran RM50,000 tersebut dijadikan sebuah gubahan persis kek. Ditambah pula kek itu mempunyai pelbagai lapisan sekaligus kelihatan kek mewah yang biasa ditempah oleh selebriti atau orang kenamaan.
Malah, pada bahagian atas kek itu pula diletakkan sejumlah not RM50, RM100 yang diikat bersama tali reben bagi melengkapkan gubahan tersebut.
Setakat ini, video tersebut meraih 1.2 jumlah tontonan, 148.1K likes serta menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
@narcolec caiasisters: kita deco sikit! hantaran 50K siapa kata hantaran orang sabah sikit?🥵☝🏼
♬ DansaTradisiChallenge by Tarian Sabah UMS – TarianSabahUMS
Hantaran video sememangnya meraih perhatian netizen yang mana majortinya berkata jarang dapat melihat hantaran perkahwinan dibuat sebegitu ‘grand’ di tempat-tempat lain.


Sementara golongan wanita pula mula berseloroh mahu memiliki pasangan dari Sabah kerana mahu mendapat layanan sedemikian. Ada juga yang menyatakan hantaran ini perlu dibuat mengikut kemampuan masing-masing dan tidak perlu sampai berhutang pula untuk menerima pujian ramai.