Hari perkahwinan sememangnya momen terindah buat semua pasangan dan pasti mahu dilakukan dengan kejutan istimewa kerana berlaku seumur hidup sekali sahaja

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pasangan dari Sabah membelanjakan kira-kira sejumlah wang hantaran yang bernilai RM50,000.

Baca Juga:

Apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah wang hantaran RM50,000  tersebut dijadikan sebuah gubahan persis kek. Ditambah pula kek itu mempunyai pelbagai lapisan sekaligus kelihatan kek mewah yang biasa ditempah oleh selebriti atau orang kenamaan.

Malah, pada bahagian atas kek itu pula diletakkan sejumlah not RM50, RM100 yang diikat bersama tali reben bagi melengkapkan gubahan tersebut.

Setakat ini, video tersebut meraih 1.2 jumlah tontonan, 148.1K likes serta menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

@narcolec

caiasisters: kita deco sikit! hantaran 50K siapa kata hantaran orang sabah sikit?🥵☝🏼

♬ DansaTradisiChallenge by Tarian Sabah UMS – TarianSabahUMS

Hantaran video sememangnya meraih perhatian netizen yang mana majortinya berkata jarang dapat melihat hantaran perkahwinan dibuat sebegitu ‘grand’ di tempat-tempat lain.

Sumber Gambar: TikTok @narcolec
Sumber Gambar: TikTok @narcolec

Sementara golongan wanita pula mula berseloroh mahu memiliki pasangan dari  Sabah kerana mahu mendapat layanan sedemikian. Ada juga yang menyatakan hantaran ini perlu dibuat mengikut kemampuan masing-masing dan tidak perlu sampai berhutang pula untuk menerima pujian ramai.