Pada malam 18 Februari, Sabtu lalu, kumpulan nasyid berpengaruh Malaysia, Raihan telah mengadakan konsert berskala besar ‘Garis Masa Raihan’ di Stadium Melawati Shah Alam bersempena 27 tahun penubuhan kumpulan berkenaan.

Kumpulan yang dianggotai oleh Abu Bakar, Che Amran dan Amran Ibrahim itu mendendangkan sebanyak 21 buah lagu ketuhanan popular mereka kepada lebih 3,000 penonton yang hadir.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Namun ketika mereka mempersembahkan lagu masterpiece mereka, Iman Mutiara untuk menutup acara konsert tersebut, tiba-tiba kawasan stadium black out dan persembahan terhenti seketika.

Bagaimanapun para penonton tidak menunggu masa yang lama untuk terus ‘menghidupkan’ konsert itu dalam kegelapan.

@raihannasheedofficial

Betul ke konsert garis masa raihan blackout? #garismasaraihan

♬ original sound – Raihan Nasheed Official – Raihan Nasheed Official

Mereka beramai-ramai sambung menyanyikan lagu masterpiece itu sambil membuka lampu pada smartphone masing-masing untuk menerangi kawasan stadium itu.

Selepas hadirin penonton menjadi ‘backup singer‘ untuk beberapa detik, bekalan elektrik yang terputus kembali pulih dan ketiga-tiga penyanyi di atas pentas menyempurnakan lagu tersebut dengan penuh gemilang.

Video yang dirakam TikTok @muiz_mansor dan dikongsikan semula oleh TikTok @raihannasheedofficial telah membuatkan ramai netizen tersentuh melihat para penonton bersama-sama ‘menghidupkan’ konsert itu walaupun berlaku sedikit masalah teknikal.

Sumber Gambar: TikTok @raihannasheedofficial
Sumber Gambar: TikTok @raihannasheedofficial
Sumber Gambar: TikTok @raihannasheedofficial

Orang ramai turut berharap Raihan boleh membuat tour di seluruh Malaysia untuk mengubati rasa rindu peminat terhadap kumpulan nasyid berkenaan.

Dalam pada itu, Konsert Garis Masa Raihan merupakan satu comeback untuk konsert berskala besar, kali terakhir Raihan mengadakan konsert sedemikian di tanah air pada tahun 2000.

Konsert mega ini juga merupakan konsert pertama Raihan tanpa disertai bekas penyanyi utamanya iaitu Ustaz Nazrey Johani.