Newcastle juara Piala Carabao 2024/25 selepas menewaskan pendahulu liga, Liverpool.

Newcastle juara piala carabao

Liverpool memulakan separuh masa pertama dengan aksi yang benar benar buruk. Newcastle bermain dengan permulaan cemerlang dan dominan.

Skuad bimbingan Eddie Howe menunjukkan kualiti di final third dengan mencipta banyak peluang dan percubaan berbanding The Reds.

Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya Newcastle mendahului pada  masa kecederaan separuh masa pertama menerusi Dan Burn.

Dan Burn

Magpies masuk ke bilik persalinan dengan pendahuluan 1 gol yang sangat bermakna.

Pada separuh masa kedua, Alexander Isak mencetak gol kedua untuk Newcastle namun dibatalkan kerana ofsaid.

Tetapi beberapa minit kemudian pemain itu memastikan dia mencetak gol yang bersih menerusi voli kemas menewaskan Kelleher.

Arne Slot kemudian membuat pertukaran dengan memasukkan ramai penyerangnya.

Namun masih tidak mampu untuk memecah kebuntuan. Dengan Newcastle bertahan dengan sangat kemas.

Ketika Newcastle sedang berkira kira untuk meraikan kejuaraan mereka, Chiesa memberikan sedikit detik cemas buat peminat mereka.

Ini apabila pemain Itali itu merapatkan jurang gol lewat masa kecederaan separuh masa kedua.

Awalnya gol dibatalkan kerana ofsaid namun selepas itu VAR mengesahkan ianya gol bersih.

Newcastle juara Piala Carabao

Namun begitu, Newcastle tetap berjaya bertahan dengan baik dan menjuarai piala domestik pertama mereka selepas 70 tahun lamanya.

Newcastle

Newcastle juara Piala Carabao 2024/25 dan menjadi piala pertama di bawah projek pemilikan Saudi.

Apa seterusnya

Selepas ini semua pasukan akan berehat untuk minggu antarabangsa.

Liverpool akan menyambung kempen liga mereka selepas itu menentang Everton dalam aksi derbi Merseyside.

Mohamed Salah
Kredit Foto: REUTERS/Phil Noble

Skuad The Reds kini hanya 12 mata di atas Arsenal setelah skuad Mikel Arteta menang 1-0 ke atas Chelsea dalam aksi liga pada hari yang sama hari ini.

Kemudian Newcastle juara Piala Carabao, sudah berjaya menyelamatkan tempat di UEL musim depan dengan trofi tersebut. Mereka akan menyambung aksi liga menentang Brentford dalam usaha mereka mahu mara ke UCL musim hadapan.