Newcastle singkir Arsenal di separuh akhir Piala Carabao dengan agregat 4-0 pada aksi awal pagi tadi waktu Malaysia.

Pennyingkiran perit itu hadir hanya beberapa hari selepas Arsenal membelasah Manchester City 5-1.

Newcastle sekali lagi mencatatkan kemenangan 2-0 pada aksi timbal balik di St James’ Park.

Gol pertama Newcastle adalah menerusi Jacob Murphy pada minit ke-19.

Gol kedua hadir pada separuh masa kedua, selepas kesilapan David Raya yang melakukan hantaran lemah dan dipintas pemain Newcastle.

David Raya
David Raya dan Gabriel Maghalhaes

Bekas bintang Everton, Anthony Gordon mencetak gol kedua untuk pastikan Newacastle singkir Arsenal daripada pertandingan.

Newcastle kini menuju ke Wembley untuk aksi final. Menunggu pemenang pertemuan antara Spurs dan Liverpool pada awal pagi esok waktu Malaysia.

Newcastle singkir Arsenal, Gordon beri amaran

Selepas tamat perlawanan, bintang Newcastle mengingatkann rakan sepasukannya agar kekal rendah diri.

Dia bberkata: “Saya rasa, adalah penting untuk kita kekal rendah diri sekarang, eh.”

Anthony Gordon bantu Newcastle singkir Arsenal

“Kami meneruskan kemaraan yang sangat baik dan kami mempunyai dua keputusan yang kami tidak sangka akan kami catatkan dan kami tidak benar-benar perlukan pada musim ini, jadi ini adalah permainan yang baik untuk meletakkan kami kembali ke landasan.

“Tetapi saya fikir kami hanya perlu menundukkan kepala dan fokus pada apa yang ada di hadapan kami,” tambah pemain antarabangsa England itu lagi.

Arteta: Harus cas semula

Selepas Newcastle singkir Arsenal, pengurus Gunners, Mikel Arteta mendakwa pasukannya memerlukan cas semula.

Skuad Arteta sudah tersingkir dalam dua trofi domestik iaitu Piala FA dan Piala Carabao. Namun mereka masih dalam persaingan yang kuat dalam perebutan Liga Juara Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris.

Arsenal kini hanya enam mata di belakang Liverpool dan mara ke pusingan 16 akhir Liga Juara Juara Eropah.

Arsenal mahu menamatkan kemarau trofi major sejak 2020, di mana ketika itu mereka menang Piala FA di bawah kendalian Arteta.

Arteta berkata: “Kamu harus berada dalam hari yang baik dan efisien. Ini penting untuk kamu semakin dekat untuk menjuarai sesuatu trofi. Dan hari ini kami tidak melakukannya.

“Hari ini adalah kesakitan dan esok adalah hari yang berbeza.”

arteta kecewa

“Kita harus menelan kekalahan ini. Ianya sukar. Kita ada banyak pengharapan. Kami tahu ianya tugasan sukar selepas keputusan yang kita bawa dari London, namun tiada apa yang boleh kami lakukan sekarang.

“Apa yang kita boleh lakukan adalah melakukannya di atas padang beberapa minit lalu, dan sekarang kita harus melupakannya. Pertama sekali, ianya sangat menyakitkan. Nanti di Dubai, cas semua dan bangkit sekali lagi kerana kita masih ada banyak perlawanan untuk dimainkan,” tutup Arteta.