Kita sering diingati, lautan bukan tempat untuk bermain. Lautan adalah tempat di mana keupayaan manusia terbatas, silap hari boleh meragut nyawa. Hanya segelintir manusia sahaja memang dilahirkan berjiwa pendekar, jiwa yang tidak takut dengan cabaran walaupun dihimpit dalam ruangan yang tertutup.

Luasnya laut, kalau difikirkan mengikut logik akal memang mustahil untuk belayar secara solo. Hanya mereka yang berjiwa kental sahaja berani menyahut cabaran ini, dan lelaki ini salah seorang daripadanya.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

2

Fazham Fadlil atau lebih mesra disapa dengan panggilan Sam, anak kelahiran Kepulauan Riau, Indonesia ini nekad untuk pulang ke kampung halaman setelah menetap selama 20 tahun di Amerika Syarikat.

Kisahnya bermula pada sekitar tahun 70 an. Ketika diusia remaja, Sam bekerja dengan sebuah syarikat kapal persiaran milik Holland America Cruise. Pekerjaan beliau membawanya belayar jauh ke negeri orang, dan akhirnya beliau tersadar di kota pelabuhan New York.

Pada saat itulah beliau mula menetap di Brooklyn, New York. Di sana beliau bekerja keras membanting tulang, bermacam pekerjaan telah beliau lakukan demi menyara hidup. Dari pencuci pinggan di restoran, penjaja makanan sehinggalah menjadi penghantar makanan. Pada sebelah malamnya pula beliau memanfaatkan waktu dengan membaca buku di perpustakaan dan belajar seni.

Sehingga akhirnya beliau mendapat pekerjaan tetap di sebuah studio grafik sebagai pereka kaligrafi. Berbelanja dengan cermat, beliau akhirnya berhasil membeli sebuah kapal layar yang ditempatkan di daerah Maryland, kapal tersebut diberi nama Stray yang bermaksud bintang jalanan. Semua kisah ini ada ditulis dalam bukunya yang berjudul Mengejar Pelangi Dibalik Gelombang.

3

Menanam hasrat untuk pulang ke kampung halaman dengan kapal layarnya, pada akhir tahun 1992, Sam membuat persiapan dan nekad untuk belayar pulang ke Indonesia dari New York.

Belayar merentasi laut yang luas bukan perkara mudah. Pengalaman tujuh hari merentasi laut seorang diri, Sam ditemani cuaca dan gelombang yang tidak menentu. Akhirnya beliau terpaksa akur tidak mampu bertahan dan mengambil keputusan untuk kembali ke New York, tetapi ini tidak bererti sudah berputus asa.

4

5

6 bulan kemudian beliau nekad untuk mencuba lagi, kali ini dengan persiapan yang lebih rapi. Bermulalah perjalanan sebenar belayar menuju ke kampung halaman. Pelayaran ini memaksa beliau menempuh Lautan Atlantik, Laut Karibia, Panama, dan seterusnya menyeberangi lautan terluas di dunia iaitu Lautan Pasifik.

Selesai meredah Lautan Pasifik, Sam harus melepasi Selat Tores sebelum memasuki laut Arafuru.  Pelbagai rintangan dan cabaran yang dilaluinya, semuanya tidak mampu dibayangkan hanya dengan kata-kata. Lebih mencabar apabila beliau terpaksa meredah lautan paling digeruni di dunia, Segitiga Bermuda. Sepanjang perjalanan ini, buku dan Al-Quran lah yang menjadi teman.

Itu belum lagi diceritakan GPS tidak berfungsi, beliau terpaksa mengukur hanya berpandukan bulan dan matahari, kapal rosak, dan banyak lagi. Perjalanan panjang ini mengambil masa selama 5 bulan sebelum beliau selamat sampai dan berlabuh di Pulau Bali, Indonesia.

“Sampai di Bali saya tidak mempunyai wang rupiah sesen pun, yang tinggal hanyalah wang USD 5. Sebaik sahaja saya mendarat, apa yang dilakukan pertama kali adalah menelefon ibu.”

Kisah pengembaraan Sam dan kapal layarnya ini betul-betul hebat, semoga ia memberi inspirasi kepada anda semua untuk terus mengembara, jadikan ini sebagai semangat anda dalam menempuh pelbagai cabaran. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

Sumber