Gelaran Malaysia sebagai syurga makanan bukanlah sesuatu sembang kosong sahaja, realitinya memang kaya dengan penawaran pelbagai jenis juadah yang boleh dinikmati.
Sepasang pelancong dari UK berkongsi satu pengalaman peribadi bagaimana niat asalnya yang sekadar mahu mencuba beberapa makanan di Kuala Lumpur sahaja namun perancangan itinerari berubah sekelip mata.
“Kitorang datang Kuala Lumpur niat asal nak ‘try’ makan-makan je… sekali alih-alih, satu itinerari penuh dengan makan je memanjang,” kongsinya.
Dalam masa sama, mereka turut berseloroh menyoal bagaimana warga tempatan boleh lapar kalau setiap jam pasti ada benda baru yang boleh dicuba.
@misetravels We came to Kuala Lumpur thinking we’d “try the food”… and accidentally made eating the entire itinerary 😂🍜 How do people in KL even stay hungry?? Every hour it’s something new. #KualaLumpur #KL #Malaysia #FoodTok #traveltok
Dengan perkongsian ini, ia cukup jelas memberi gambaran penawaran pelbagai juadah yang dijual di luar sana cukup membuatkan seseorang untuk menemui sesuatu yang baru walaupun berada di satu bandar sahaja.
Di dalam video berkenaan, kelihatan sejumlah aneka juadah yang dicuba termasuk dimsum, roti bun daging, chapati bersama ayam tandoori dan kari ayam Jepun beserta sushi. Di dalam ruangan komentar, pasangan ini sedia menerima kenyataan jika kalau berat badan mereka akan meningkat selepas ini.

Perkongsian pasangan pelancong tersebut telah membuatkan netizen tempatan tidak kering gusi dan berseloroh mengatakan topik makanan adalah bualan seharian dalam kalangan warga tempatan.
Menariknya, ada pelancong yang pernah datang melawat ke Malaysia turut mendedahkan bahawa mereka mengalami kenaikan berat badan yang ketara selepas tinggal beberapa bulan di sini.
“Saya naik 8KG dalam tempoh 4 bulan sahaja.”
“Saya tinggal di Pulau Pinang selama 6 bulan sebab urusan kerja dan sebab makananlah dapat tambah berat 3KG dalam masa sebulan dan berterusan pada bulan berikutnya.”
“Saya akan alami kenaikan paling kurang 5KG setiap kali pergi balik ke Malaysia,” demikian antara komentar dari pelancong luar negara yang rata-ratanya menganggap fenomena nikmati makanan sehingga alami kenaikan berat badan adalah sesuatu yang normal di sini.