Seorang lelaki di Kuala Lumpur dengan niat yang baik terkejut dikenakan bil berjumlah RM70.00 selepas menawarkan diri untuk membayar makanan pengemis tersebut.

Berkongsi pengalamannya di platform media sosial X, lelaki itu menceritakan pertemuannya bersama dengan pengemis tersebut di sebuah restoran Nasi Kandar di Ampang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Semasa menjamu selera, pengemis tersebut menghampirinya. Terharu dengan keadaan pengemis itu, lelaki itu dengan baik hati menawarkan kepada pengemis tersebut untuk makanan, sambil memberi jaminan bahawa dia akan menanggung kos makanan tersebut.

Selepas itu, pengemis itu memilih hidangannya dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut sebelum dia berlalu pergi. Namun, tadinya dia bersifat bermurah hati namun terus berubah selepas lelaki itu melihat jumlah bil yang perlu dibayar olehnya.

Makanan yang dibungkus oleh pengemis tersebut difahamkan merangkumi ayam, daging lembu, dan sotong sehingga menjadikan jumlah bilnya jauh melebihi jangkaan lelaki itu.

Kebanyakan netizen cepat memberi reaksi terhadap ciapan tersebut dan ramai juga rupanya yang mengalami pengalaman yang serupa.

Sebahagian netizen menasihati lelaki tersebut untuk memeriksa harga makanan di restoran terbabit sebelum menawarkan diri untuk membayar bil.

Seorang lagi netizen menyebut senario di mana pernah terjadi apabila seorang pengemis meminta makanan, tetapi tiba-tiba enam orang temannya pula datang, membawa kepada bil melebihi RM80.

Manakala seorang netizen pula berkongsi pertemuannya dengan seorang pengemis di KLCC di mana mereka menawarkan untuk membayar minuman Pepsi tetapi terkejut selepas pengemis itu mengambil coklat Ferrero Rocher dan tiga botol Mountain Dew.