Pada akhir bulan Februari lalu tular satu kisah di mana Jabatan Kebajikan Manusia (JKM) menemui seorang pengemis membawa kereta Proton X70 Premium.

Dalam satu kemas kini terbaharu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak lagi menyalurkan elaun Orang Kurang Upaya (OKU) buat lelaki berkenaan, lapor Berita Harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata selain elaun RM450 yang dihentikan mulai bulan ini, lelaki itu turut diberi amaran dan melengkapkan surat aku janji untuk tidak mengemis.

“Siasatan mendapati dia bekerja sebagai penyelia syif di sebuah syarikat bas dengan anggaran pendapatan RM2,000 sebulan.

“Justeru, beliau tidak boleh lagi menerima bantuan kebajikan daripada JKM (Jabatan kebajikan Masyarakat),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang ingin tahu tindakan KPWKM dan JKM mengenai penemuan pengemis OKU memiliki kereta Proton X70 Premium.

Dalam pada itu, Noraini berkata, Akta Orang-Orang Papa 1977 tidak mempunyai hukuman punitif bagi golongan yang tertakluk di bawah perundangan itu mengeksploitasi kekurangan diri untuk menjana kemewahan.

Katanya, kementerian sedang menyemak semula Akta Orang-Orang Papa 1977 untuk melihat semula akta berkenaan secara komprehensif bagi menambah baik pengendalian isu orang papa dan gelandangan.

“Betul, akta ini tidak ada peruntukan berbentuk punitif kerana asasnya berprinsipkan kebajikan.

“Dalam konteks kebajikan, objektifnya ialah memulihkan seseorang yang berada dalam kesukaran apabila boleh membantu kembali berdikari.

“Kajian ke atas Akta Orang-Orang Papa 1977 dilaksanakan selama 21 bulan dan dijangka siap pertengahan tahun ini manakala dapatan akhir akan dibentang kepada kementerian.

“Skop kajian ialah mengenal pasti peruntukan sedia ada, membuat kajian perbandingan antara akta berkenaan gelandangan, pengemisan dan kemiskinan bandar di negara lain, mengadakan sesi libat urus serta konsultasi termasuk juga membantu kementerian dalam penyediaan regulatori impak analisis.

“Kajian itu akan menghasilkan syor sama ada wujud keperluan penggubalan akta baharu dan mengenal pasti peranan kementerian.

“Matlamatnya ialah menyediakan cadangan kepada kerajaan mengenai kandungan, pendekatan dan skop undang-undang serta pelan tindakan ke arah inisiatif pengendalian isu gelandangan, pengemisan dan kemiskinan bandar,” katanya.

Sumber