Sebelum ini dilaporkan Ali Puteh telah menjual barangan peribadi miliknya bagi mengumpulkan dana untuk bayar hutang kepada bekas kakak iparnya dan wangnya sudah mencukupi.

Dalam satu temu bual bersama Melodi, Ali bersyukur apabila berjaya mengumpulkan RM75,000 demi untuk melangsaikan hutang tersebut dan mahu segera berjumpa bagi melunaskan segala tuntutan saman Hidayah.

Baca Juga:

@melodiberapi

HASIL MENJUAL BARANGAN PERIBADI DAN PRODUK MAKANAN, PELAKON DAN PELAWAK ALI PUTEH AKHIRNYA BERJAYA MENGUMPUL WANG TUNAI SEBANYAK RM TUJUH PULUH LIMA RIBU BAGI MEMBAYAR TUNTUTAN SAMAN YAG DIBUAT OLEH BALU ALLAHYARHAM ABAM IAITU NOOR HIDAYAH.. HUTANG MEMANG KENA BAYAR, SEMOGA URUSAN ALI DIPERMUDAHKAN.. #meloditv3 #fypシ゚viral #ceritaartismalaysia #fypシ゚viral🖤tiktok #panas #aliputeh #hidayah #sensasi

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

“Kalau boleh saya nak selesaikan secepat mungkin sebab benda itu (duit) dah ada dalam tangan.

“Mungkin saya nak jumpa dia dalam tempoh yang terdekat dalam seminggu dua ini, jangan risau.

“Saya memang nak bayar sebelum ini, bukannya saya lari. Cuma waktu itu wang belum mencukupi.” ujar Ali.

Lantaran itu, Ali menafikan dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan dirinya dan isteri mahu meraih simpati atau ‘play victim’ kerana menangis ketika menjual segala barangan peribadi miliknya.

Malah, Ali juga mengucapkan terima kasih buat semua yang memberikan sokongan serta mendoakan segala urusannya dipermudah.