Sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia yang berlangsung pada 9 Mac lalu, ASCARO telah menganjurkan acara gilang gemilang untuk meraikan para wanita dengan sukan.

Majlis yang dianjurkan ASCARO mengetengahkan pertandingan permainan padel, empowerment talk, muzik secara langsung, dan juga tawar hadiah menarik berjumlah sehingga RM20,000.

Baca Juga:

Bukan itu sahaja, pembelian tiket ke majlis terbabit juga membolehkan mereka beramah mesra bersama atlet negara, Nicol David dan hasil jualan tiket disumbangkan untuk menyokong Nicol David Organisation, yang memperkasakan belia melalui sukan dan pendidikan.

“Sukan mengubah hidup saya dan kini saya mahu memberikan peluang ini kembali kepada kanak-kanak dengan harapan suatu hari nanti mereka boleh bermimpi besar seperti saya, dan mengubah hidup mereka melalui pemerkasaan sukan dan pendidikan.” kata Nicol semasa acara itu.

Semasa majlis itu, ASCARO turut menamakan redONE Mobile sebagai rakan kongsi telekomunikasi rasmi mereka. Untuk rekod, ASCARO secara rasmi telah dibuka pada 11 Mei 2023 dan padel adalah sukan yang merupakan gabungan antara tenis dan skuasy.