Nampaknya harga Bitcoin semakin lama semakin menurun dan semalam merupakan berita kurang baik buat pemain kriptowang Bitcoin di mana nilai Bitcoin mengalami penurunan yang mengejutkan dalam tempoh 13 bulan ini.
Semalam CCN melaporkan bahawa harga Bitcoin telah menurun kepada $4,200 (~RM17,622.78). Ini merupakan penurunan terbesar dalam sejarah Mata wang digital mencecah titik terendah sejak September 2017. Ianya mengejutkan ramai pihak kerana harga Bitcoin beberapa bulan yang lalu kekal sekitar $6,500.
Penurunan ini berlaku ekoran penjualan mata wang digital semakin meningkat di seluruh dagangan. Selain itu mata wang kripto lain turut jatuh mendadak, dengan ‘Ether’ keluaran Ethereum hilang 10 peratus manakala ‘XRP’ milik Ripple susut 13 peratus dalam penurunan yang dipengaruhi oleh sentimen.
Sebagai perbandingan, nilai 1 Bitcoin pada bulan Disember tahun lalu adalah $20,000 dan pada bulan ini, nilainya hanya tinggal sekitar $4,200. Nampaknya melihat dari graf, berkemungkinan matawang Bitcoin akan menurun lagi dari semasa ke semasa.