Pemain Brunei, Faiq Bolkiah dilaporkan bakal beraksi dalam saingan Liga Malaysia dimana beliau bakal memperkuatkan Brunei DPMM.
Faiq yang ketika ini beraksi bersama kelab Thailand, Ratchaburi FC bakal dilepaskan dan pemain ini akan menyertai DPMM pada jendela perpindahan kedua.
Baca Juga:
- Pemandu Brunei Maut Semasa Acara Drag Di Sandakan

- Cabar Kuasa Sultan, Presiden Bola Sepak Brunei Dipecat Serta-Merta

- Russia Bakal Berentap Lawan Brunei November Depan

“Faiq akan dilepaskan oleh pasukannya sekarang, Ratchaburi FC. Bagaimanapun, dia hanya boleh ditandatangani pada Januari pada jendela perpindahan seterusnya,” kata pasukan itu.

Umum mengetahui bahawa Faiq adalah pemain bola sepak terkaya di dunia, jauh mengatasi bintang seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.
Nilai Kekayaan Faiq Bolkiah
Ketika ini, Faiq mempunyai kekayaan sebanyak $20 billion, yang mana kekayaannya datang dari keturunan dirajanya sebagai ahli keluarga diraja Brunei.
Meskipun bergelar sebagai pemain paling kaya di dunia, penyerang berusia 27 Tahun itu hanya menerima gaji sebanyak $1,000 setiap minggu bersama Ratchaburi.
Ronaldo muncul sebagai pemain kedua terkaya dunia dimana beliau mempunyai kekayaan sebanyak $800 Juta, hasil dari gaji bersama Al-Nassr dan juga perniagaan yang dijalankan.

Seorang lagi pemain iaitu Lionel Messi yang beraksi bersama Inter Miami menduduki tangga ketiga dimana beliau mempunyai kekayaan sebanyak $650 Juta.