Bersempena kempen ulang tahunnya yang ke-8, syarikat logistik ekspres, Ninja Van Malaysia sedia memperkenalkan sistem automasi bersepadu terbaharu yang dijangka dapat meningkatkan keupayaan pemprosesan bungkusan hariannya sehingga 35% kepada 650,000 bungkusan sehari.

Penggunaan sistem baru itu membolehkan proses penyusunan bungkusan syarikat itu ditambah baik dengan fungsi penimbang berat, pengesan saiz dan disasarkan mampu mengimbas sehingga 30,000 bungkusan sejam.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Ninja Van

Usaha ini dibuat selaras dengan komitmennya untuk menyediakan proses penghantaran barangan yang serba mudah untuk para pengirim dan pembeli di Malaysia.

Menariknya, sistem ini juga menyediakan data bungkusan masa nyata yang tepat di mana dapat meningkatkan kecekapan penyusunan dan penjejakan bungkusan. Dengan kehadiran teknologi automasi ini, ia dapat meringankan tugas para pekerja sekaligus dapat memanfaatkan masa kerja dengan lebih baik.

Sumber Gambar: Ninja Van

Difahamkan para pekerja boleh melakukan tugasan yang lebih penting seperti analisa data dan sebagainya selepas penggunaan teknologi itu. Malah, jumlah pekerja masih kekal sama kerana proses penyusunan sehingga ke penghantaran masih memerlukan penyertaan manusia secara langsung.

Untuk makluman, Ninja Van Malaysia ditubuhkan pada 2015 dan setakat ini, mempunyai 150 hab di seluruh Malaysia dengan jumlah pekerja seramai 9,500 orang. Syarikat itu turut mempunyai hab logistik miliknya yang terbesar di Malaysia iaitu di Shah Alam dengan keluasan 260,000 kaki persegi.

Sumber