Beberapa hari lalu tular video seorang pekerja kurier marah kerana tidak dapat mengisi petrol RON95 dengan harga BUDI95.
Sehubungan itu, syarikat Flash Malaysia Express telah membuatĀ permohonan maaf berhubung video tidak wajar yang baru-baru ini dimuat naik di TikTok oleh seorang pemandu mereka berkaitan sistem subsidi petrol BUDI95.
Baca Juga:
- Ini Kriteria Kelayakan Dan Cara Untuk Dapatkan ‘Refund’ Duit Ekoran ‘Glitch’ BUDI95

- Wanita Tempatan Batalkan Isi RON95, Sangka Skim Budi95 Tawar Petrol ‘Free’

- Tak Nak Terlepas BUDI95, Jumlah ‘Renew’ Lesen Sehari Meningkat 53%

“Kami ingin menjelaskan bahawa individu yang terlibat telah diberikan kad armada syarikat (company fleet card) yang diperuntukkan khusus untuk urusan perniagaan, dan dia tidak pernah diarahkan atau diwajibkan untuk menggunakan sebarang subsidi peribadi BUDI95 bagi tujuan operasi syarikat.
“Individu tersebut tidak mewakili Flash Malaysia Express dalam apa jua kapasiti, dan kenyataan yang dibuat adalah pendapat peribadi semata-mata. Ia tidak mencerminkan pandangan, nilai, atau pendirian rasmi Flash Malaysia Express,” kata pihak syarikat.
Pihak syarikat memandang serius insiden yang tular it dan telah mengambil tindakan segera seperti berikut:
1. Tindakan Pantas:
Siasatan dalaman telah segera dijalankan, dan pihak syarikat telah berhubung secara langsung dengan individu berkenaan. Penamatan penglibatan sedang dipertimbangkan.
2. Pengukuhan Piawaian:
Semua kakitangan termasuk rakan kongsi dan kontraktor telah diberi taklimat semula mengenai kod etika kerja yang ketat serta penggunaan media sosial secara bertanggungjawab.
3. Kesedaran dan Peringatan Mengenai BUDI95:
Peringatan menyeluruh telah dikeluarkan kepada semua kurier dan pemandu bahawa kad armada syarikat hanya untuk kegunaan rasmi dan tidak layak digunakan bagi subsidi BUDI95. Taklimat tambahan akan dijalankan bagi memastikan pemahaman sepenuhnya mengenai dasar ini serta penggunaan yang betul bagi mekanisme subsidi kerajaan.
“Kami amat kesal atas sebarang kekeliruan atau kebimbangan yang timbul dalam kalangan orang awam. Flash Malaysia Express kekal komited untuk menegakkan profesionalisme, rasa hormat, dan pematuhan dalam setiap aspek operasi kami,” kata pihak pengurusan Flash Malaysia Express