Pernah tak anda tengah rushing nak ke tempat kerja dan mahu isi minyak tapi baru perasan dompet tertinggal? Atau lebih parah, kad bank tertinggal dalam kereta pasangan? Situasi macam ni memang biasa berlaku dan selalunya buatkan mood pagi terus ‘rosak’.

Tapi kini ada tidak perlu risau lagi. Sebabnya sekarang sudah ada cara yang jauh lebih mudah dan selamat!

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah isi minyak BUDI95 di mana-mana stesen petrol menggunakan TNG eWallet.

Tanpa perlu memaparkan kad pengenalan, anda boleh terus semak kelayakan serta jumlah subsidi yang tersedia sebelum membuat bayaran. Menarik bukan?

Dalam erti kata lain, anda bukan saja tak perlu risau memaparkan kad pengenalan, malah sekarang ada BUDI95 Cashback Campaign yang sedia menawarkan ganjaran setiap kali anda isi minyak!

Apa yang Menarik Tentang BUDI95 Cashback Campaign?

Mulai 7 November hingga 6 Disember ini, para pengguna yang pertama kali menggunakan BUDI95 menerusi aplikasi TNG eWallet berpeluang menikmati pulangan tunai RM1 buat pembelian minimum RM5 BUDI95.

Caranya mudah, semudah ikuti 4 langkah mudah ini sahaja:

1. Buka TNG eWallet dan pergi ke halaman BUDI95.

2. Buat pembelian BUDI95 seperti biasa (minimum RM5).

3. Setiap transaksi layak akan dapat satu digital stamp.

4. Seterusnya, tuntut voucher cashback RM1 secara manual dalam kad cap digital tu.

Setiap pengguna boleh dapat satu cap/voucher sehari dan maksimum empat cap sepanjang tempoh kempen. Ganjaran ini hanya untuk terhad kepada 800,000 cap pertama sahaja tau!

Lebih Pintar, Lebih Selamat, Lebih Mudah

Menerusi TNG eWallet, anda tak perlu lagi keluarkan MyKad fizikal atau tunai di kaunter. Semuanya boleh dibuat terus dari telefon.

Selain jimat masa, ia juga kurangkan risiko perkara kecil tapi menyusahkan seperti tertinggal kad di stesen atau terlupa ambil resit. Semua transaksi sedia direkod dalam aplikasi siap dengan sejarah pembelian untuk rujukan.

Bukan itu sahaja, anda juga tidak perlu memuat naik pelbagai aplikasi stesen petrol berlainan, sebaliknya anda hanya perlu menggunakan TNG eWallet sahaja.

Zaman sekarang, memang inilah cara paling senang nak urus kehidupan digital dengan selamat!

Tak Perlu Risau Tertinggal Dompet Lagi, Isi Minyak BUDI95 Guna TNG eWallet Dan Dapatkan Pulangan Tunai!

Ganjaran Kecil, Kepuasan Besar

Setiap kali isi minyak, menerima RM1 cashback mungkin nampak kecil tapi hakikatnya, ia tanda penghargaan buat pengguna yang mula beralih ke sistem digital.

Dalam sebulan, kalau isi minyak empat kali pun, dah boleh kumpul RM4 pulangan tunai. Berbaloi bukan?

Lebih penting, ia membantu lebih ramai rakyat Malaysia biasakan diri dengan cara baru mengurus transaksi yang lebih cepat, selamat dan tanpa risau.

Jadi, apa tunggu lagi? Kalau anda belum pernah guna BUDI95 melalui TNG eWallet, sekaranglah masa terbaik untuk cuba!

Isi minyak, kumpul stamp, dan tuntut pulangan tunai RM1!

Kempen BUDI95 Cashback berlangsung dari 7 November hingga 6 Disember sahaja. Dalam erti kata lain, sebelum 800,000 cap habis, pastikan anda jadi antara yang terawal nikmati ganjarannya!

Isi minyak pun boleh dapat cashback. Semuanya dalam satu aplikasi sahaja. Mudah, cepat, dan sesuai dengan gaya hidup pintar zaman sekarang!